Berita Auto

VOTY 2019 SUV 7 Tempat Duduk Peugeot 5008

Tidak banyak SUV tujuh tempat duduk untuk diadili kali ini, jadi ianya sukar untuk kami untuk tidak memilih Peugeot 5008 sebagai pemenang. Jika sebelum ini 5008 didatangkan dalam bentuk MPV yang membosankan, versi terbaru ini menjelma dalam badan SUV dengan reka bentuk moden yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

IMG_7382

Seperti 3008, bahagian dalaman model ini yang digelar sebagai i-Cockpit kelihatan begitu canggih dengan panel instrumen digital sepenuhnya dan butang kawalan seperti kekunci piano. Apa yang menarik, suhu pendingin hawa boleh diturunkan sehingga 14 darjah Celcius dan ini adalah satu kelebihan terutamanya di negara yang panas seperti Malaysia.

IMG_7247

Jarak roda 5008 telah ditambah sebanyak 165 mm bagi memberi ruang yang lebih besar kepada penumpang di tempat duduk barisan ketiga. Jika ia tidak digunakan, kerusi ini boleh dilipat rata dengan mudah dan anda akan mendapat ruang but sebesar 1,060 liter yang pastinya berguna jika anda ke Ikea.

Enjin: Turbo empat silinder sebaris
Kapasiti: 1,598 cc
Kuasa: 163 hp @ 6,000 rpm
Tork: 240 Nm @ 1,400 rpm
Transmisi: automatik 6 kelajuan
0-100 km/j: 10 saat
Kelajuan maksimum: 204 km/j
Harga: RM173,888

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019 SUV Mewah Porsche Cayenne

Next post

VOTY 2019 Crossover Mazda CX-3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *