Berita Auto

VOTY 2019 Crossover Mewah Volvo XC40

Menariknya, nama XC40 tidak wujud dalam portfolio Volvo sehinggalah beberapa tahun yang lalu namun kehadirannya dilihat berjaya membuka lembaran baru dalam segmen crossover mewah. Ia mengalahkan pesaingnya bukan sahaja menerusi reka bentuk yang segak tetapi juga dengan senarai kelengkapan standard yang menjadikan ia berbaloi dengan harga jualan.

IMG_7123

Tidak seperti XC60/XC90 T8, model kompak ini tidak mempunyai tombol penghidup enjin yang boleh dipulas serta tombol gear yang diperbuat daripada kristal, namun ia masih mewah dengan kehadiran upholsteri kulit dan Nubuck seperti suede. Ruang simpanan pada bahagian pintu, bawah perehat tangan dan tempat duduk pemandu juga menjadikan model ini cukup praktikal untuk kegunaan seharian.

IMG_7044

Varian T5 didatangkan dengan 252 hp dan 350 Nm, cukup untuk menggerakkannya dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.4 saat dengan bantuan kotak gear automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD). Selain itu, kehadiran sistem pemanduan semi-autonomi IntelliSafe menjadikan ia antara crossover paling canggih dalam pasaran.

Enjin: Turbo empat silinder sebaris
Kapasiti: 1,969 cc
Kuasa: 252 hp @ 5,500 rpm
Tork: 350 Nm @ 1,800 rpm
Transmisi: automatik 8 kelajuan
0-100 km/j: 6.4 saat
Kelajuan maksimum: 230 km/j
Harga: RM255,888

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

 

Previous post

VOTY 2019 Hibrid Nissan X-Trail

Next post

VOTY 2019 SUV Mewah Porsche Cayenne

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *