Keselamatan

Kempen Keselamatan Jalan Raya Yamaha Masuk Edisi ke-21

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-21 yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA).

BHP Banner

Dengan slogan ‘Tunggang Berhati-hati, Keluarga Tersayang Menanti’, kempen tahun ini bertujuan untuk memupuk amalan keselamatan jalan raya yang baik di kalangan penunggang motosikal, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian pengguna jalan raya.

Mesej keselamatan jalan raya disampaikan menerusi pelbagai jenis aktiviti, termasuk segmen Yamaha Safety Riding Science (YSRS) dan Yamaha Safety Riding Science (YSRS) KIDS, pameran oleh FKR Marketing Sdn Bhd, pemeriksaan lapan poin percuma untuk semua model motosikal dan pemeriksaan palam pencucuh oleh NGK Spark Plugs Malaysia Berhad.

IMG_1077

Bukan itu sahaja, sebanyak 900 topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM tajaan Aeon Credit dan KHI Helmet Industries Sdn Bhd, serta jaket keselamatan tajaan Pacific & Orient Insurance Co. Bhd. akan turut diedarkan kepada penunggang motosikal.

Kempen keselamatan jalan raya ini akan diadakan di lokasi-lokasi berikut:

  • 28 Mei 2019 – Betaria Business Centre, Seremban
  • 29 Mei 2019 – Perhentian Sebelah Petaling Jaya, LDP
  • 30 Mei 2019 – Kompleks Sukan & Rekreasi Sony, Seberang Perai, Pulau Pinang

 

Previous post

Shell Lancar Kempen 'Anda Beli, Kami Derma'

Next post

BMW X4 xDrive30i M Sport Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *