Cerita Auto

BMW Rai Ulang Tahun ke-35 M5 Dengan Model Edisi Terhad

Sedan sport yang menjadi idaman ramai iaitu BMW M5 sudah mencecah usia 35 tahun. Bagi meraikannya, BMW telah memperkenalkan M5 Edition 35 Years yang akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 350 unit.

BHP Banner ID3

Apa yang menjadikan model edisi terhad ini berbeza adalah warna matte BMW Individual Frozen Dark Grey II yang dipadankan dengan rim M Y-spoke bersaiz 20 inci dengan kemasan Graphite Grey.

2020-bmw-m5-edition-35-years (4)

Selain itu, angkup brek kini didatangkan dalam warna hitam berkilat manakala lencana ‘M5’ di belakang dibuang bagi mendapatkan imej yang “understated” dan elegan.

2020-bmw-m5-edition-35-years (2)

Masuk ke dalam, anda akan mendapati tempat duduk M Sport yang dihiasi dengan upholsteri kulit Individual Merino dan jahitan berwarna beige. Konsol tengah, pintu dan panel instrumen didatangkan dengan kemasan aluminium karbon berwarna emas, manakala plat ambang pintu dan konsol tengah mempunyai tulisan “M5 Edition 35 Jahre”.

P90346570_highRes_the-new-bmw-m5-editi

Menggunakan M5 Competition sebagai asas, model edisi 35 tahun ini dikuasakan oleh enjin twin-turbo 4.4-liter V8 yang menghasilkan 625 hp dan 750 Nm. Padanan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan xDrive M membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.3 saat, dan dari 0 hingga 200 km/j dalam 10.8 saat.

2020-bmw-m5-edition-35-years (1)

 

Previous post

JPJ Terima 10 Buah Honda CR-V Dari PLUS

Next post

Malas Keluar Shopping? Beli Online. Sekarang Shopee Pun Jual Motosikal Dan Kereta Online!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *