Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Malas Keluar Shopping? Beli Online. Sekarang Shopee Pun Jual Motosikal Dan Kereta Online!

Ya dan yuran tempahannya serendah RM1 saja, kadar faedah rendah bermula dari 1.81% setahun, diskaun sehingga 29% dan … pelbagai rebat, hadiah percuma dan aksesori. Wow. Bunyi macam iklan. Kisah benar ni. Kalau beli motosikal penjual siap hantar lagi. How cool is that? Klik klik klik dan motosikal sampai depan pintu. Masyallah! Dari hari diperkenalkan sehingga sekarang sudah ada 100 transaksi termasuk, sebuah Honda CR-V.

Barangan sampingan motosikal dan kereta pun banyak.

Kalau nak sempat untuk Raya ni order cepat.

BHP Banner Shopee

Kenyataan Media 

KUALA LUMPUR, 15 MAY 2019 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah memperkenalkan Shopee AutoMall yang menawarkan pelbagai jenis kereta dan motosikal – dari hibrid ke kenderaan utiliti sukan ke superbike – dari BMW, Ford, Honda, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Toyota, dan lebih daripada 300 motosikal untuk dipilih dari YesRide. Shopee How To

Pengguna kini boleh mengimbas, membuat perbandingan, menempah dan membeli sebuah kenderaan baru seperti Honda HR-V, Mazda CX5, BMW X5 dan Toyota Yaris dari Shopee AutoMall yang menawarkan tawaran dan promosi eksklusif kepada pengguna-pengguna Shopee. Ini termasuk yuran tempahan untuk kereta serendah RM1 dan kadar faedah rendah yang bermula dari 1.81% setahun. Ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Buat tempahan di Shopee dengan memilih kenderaan pilihan anda dan masukkan ke dalam Shopping Cart anda
  2. Lengkapkan transaksi anda
  3. Klik pemberitahuan notis dari Shopee
  4. Isikan borang tempahan dalam talian dengan butiran temujanji
  5. Wakil dari syarikat wakil pengedar kereta akan menghubungi anda dalam masa tiga hari bekerja untuk mengesahkan butiran temujanji
  6. Lengkapkan dokumen pembelian di syarikat wakil pengedar kereta

Pengguna juga boleh membeli motosikal baru dan dapatkan diskaun sehingga 29% daripada beberapa jenama termasuk Honda, Benelli, Yamaha, Modenas, Kawasaki, Vespa dan banyak lagi. Pengguna hanya perlu:

  1. Pilih dan beli di Shopee
  2. Pilih 0% pelan ansuran (optional)
  3. Penjual akan hubungi pembeli untuk pendaftaran JPJ dalam masa 3 hari bekerja
  4. Penjual akan menghantar motosikal kepada pembeli

Sejak pelancaran Shopee AutoMall dua minggu yang lepas, platform e-dagang telah merekodkan jumlah pesanan yang semakin meningkat untuk kereta dan motosikal. Sehingga kini, hampir 100 pesanan telah dicatakan, dengan ramai pembeli Shopee yang kini menjadi pemilik gembira tunggangan baru termasuk Honda CR-V, antara lain.

Shopee AutoMall 1

“Shopee AutoMall membantu pembeli kereta membuat keputusan pembelian yang lebih baik apabila mereka melawat halaman, membuat perbandingan antara yuran tempahan, kadar faedah dan banyak lagi. Sejak Shopee AutoMall diperkenalkan, kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai kereta Honda kami. Ia amat bermanfaat terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke bilik pameran dan membuat perbandingan antara jenama atau tawaran yang ditawarkan oleh syarikat wakil kereta sebelum membuat pembelian,” kata Tom Liew, Pengurus Jualan pengedar sah Honda (Maxcom Motor Sdn Bhd).

Selain daripada kereta, motosikal juga telah dibeli melalui Shopee AutoMall, dengan ulasan positif terutamanya mengenai penghantaran yang cepat. Ini adalah bukti kepada mandat Shopee untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada penggunanya dan juga merupakan cadangan nilai unik Shopee AutoMall bagi yuran tempahan dan kadar faedah yang lebih rendah, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kereta dan motosikal dengan lebih mudah.

Pelanggan-pelanggan juga akan gembira untuk mengetahui bahawa Shopee menawarkan tawaran yang menarik sempena kempen “Raya Dengan Shopee”. Ini adalah masa yang sesuai untuk membeli atau menaikkan taraf kereta, terutamanya bagi mereka yang akan balik kampung sempena Hari Raya.

Berikut adalah beberapa ulasan positif yang diterima oleh Shopee:Shopee Testimonial 1Beroperasi 24 jam sehari, tujuh (7) hari seminggu, Shopee AutoMall juga menawarkan aksesori seperti topi keledar, wiper kereta dan produk penjagaan kereta.

Shopee Testimonial 2Untuk mengetahui Shopee AutoMall dengan lebih lanjut, cari ‘AutoMall’ di Shopee atau lawati https://shopee.com.my/m/automall

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

BMW Rai Ulang Tahun ke-35 M5 Dengan Model Edisi Terhad

Next post

Volkswagen Tunjuk Lakaran Golf Mk8

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *