Cerita Auto

JPJ Terima 10 Buah Honda CR-V Dari PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini menyerahkan 10 buah Honda CRV kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan di lebuh raya.

BHP Banner ID3

Kenderaan-kenderaan penguatkuasa dengan nilai keseluruhan RM1.3 juta tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Tuan Zamakhshari Hanipah oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail di Persada PLUS dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Haji Kamarudin Jaffar dan Pengerusi PLUS, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim.

“Penyampaian kenderaan ini akan meningkatkan keselamatan di lebuh raya kami melalui penguatkuasaan secara kerap oleh JPJ. Penyerahan kenderaan kepada JPJ adalah inisiatif untuk membantu pihak berkuasa menjalankan tugas pemantauan dan penguatkuasaan di lebuh raya,” jelas Azman.

Handover of Mock Key  PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail, Deputy Minister of Transport, Dato' Haji Kamarudin Jaffar, Deputy Director General of RTD, Tu

Kerjasama PLUS-JPJ, serta agensi-agensi penguatkuasaan lain dan inisiatif keselamatan jalan raya yang dilaksanakan sendiri oleh PLUS, menyaksikan penurunan jumlah kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Sebanyak 14,532 kemalangan dilaporkan pada 2016 dan angka itu menyusut kepada 13,269 pada tahun 2018.

“Kami juga menyediakan 2 buah Stesen JPJ di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil dan Gunung Semanggol untuk membantu JPJ dalam menjalankan program advokasi dan keselamatan jalan raya di lebuh raya. Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga di R&R Pagoh akan dibuka tidak lama lagi,” tambah Azman.

From left  PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail, Deputy Minister of Transport, Dato' Haji Kamarudin Jaffar, Deputy Director General of RTD, Tuan Zamakhshari Hanipah

Azman turut mengumumkan PLUS membiayai pemasangan 11 kamera AWAS tambahan di kawasan berisiko kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

“Kehadiran pihak berkuasa di lebuh raya dapat mengurangkan kesalahan lalu lintas seperti penyalahgunaan lorong kecemasan, pemanduan tidak berhemah dan melebihi had laju,” jelas Azman.

Previous post

Boon Siew Honda Lancar CB250R, CRF250 Rally Baharu

Next post

BMW Rai Ulang Tahun ke-35 M5 Dengan Model Edisi Terhad

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>