Motosikal / Lain Lain Roda

Boon Siew Honda Lancar CB250R, CRF250 Rally Baharu

Boon Siew Honda telah melancarkan CB250R dan CRF250 Rally versi dipertingkatkan. CB250R dilancarkan ke pasaran Malaysia pada Jun 2018 manakala CRF pula diperkenalkan lebih awal pada Ogos 2017.

BHP Banner ID3

CB250R (RM22,999 – RM23,499)

???????????????????

Diinspirasikan oleh motosikal konsep Neo Sports Cafe, model ini kini mendapat fork hadapan Showa dalam kemasan gangsa sebagai padanan kepada lampu bulatnya.

Mat Cypton Silver Metallic

Ia boleh didapati dalam tiga warna – Candy Chromosphere Red, Graphic Black dan Mat Crypton Silver Metallic. Pilihan warna merah itu, yang dijual RM500 lebih mahal, didatangkan dengan rim berwarna gangsa.

Graphite Black

Kelengkapan standard yang ada pada model ini adalah lampu LED depan dan belakang, panel instrumen LCD digital sepenuhnya, suspensi belakang boleh laras dan tangki bahan api berkapasiti 10.1 liter.

CRF250 Rally (RM26,999)

??????????????

Motosikal dual-sport ini kini menampilkan rekaan jalur baharu yang diinspirasikan oleh jentera CRF450 Rally Dakar. Terdapat dua warna untuk dipilih iaitu Extreme Red dan Black.

Extreme Red

 

CRF250 Rally dikuasakan oleh enjin DOHC silinder tunggal berkapasiti 249 cc yang menghasilkan 24.4 hp pada 8,500 rpm dan 22.6 Nm tork pada 6,750 rpm.

Black

fork teleskopik hadapan 43 mm, Monoshock Prolink belakang, rim bersaiz 21 inci (hadapan) dan 18 inci (belakang), cakera brek terapung pada bahagian hadapan dan ABS adalah antara kelengkapan standard model ini.

 

Previous post

Butiran & Gambar Perisik Kabin Volkswagen Golf Mk8

Next post

JPJ Terima 10 Buah Honda CR-V Dari PLUS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *