Bisnes

Proton Akhiri Suku Pertama 2019 Dengan Rekod Jualan Baharu

Proton mengakhiri suku pertama tahun 2019 dengan rekod kenaikan jualan baharu di mana syarikat itu berjaya mengekalkan kecemerlangan yang dicapai pada awal tahun ini.

BHP Banner Audi

Pendaftaran bagi bulan Mac sebanyak 6,145 unit menunjukkan pegangan pasaran sebanyak 11%, peningkatan sebanyak
2.6% berbanding bulan yang sama pada tahun 2018.

Bulan Mac menyaksikan pertumbuhan positif bagi industri automotif di mana anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) telah meningkat sebanyak 11.8% dari tahun ke tahun.

PROTON

Walau bagaimanapun, Proton sekali lagi telah mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1%, bersamaan dengan kadar pertumbuhan hampir 4 kali lebih tinggi daripada keseluruhan industri. Bagi tiga bulan pertama tahun 2019, angka kumulatif adalah 43.5% atau lebih daripada 6 kali bilangan TIV sebanyak 6.7%.

Kedudukan keseluruhan jualan Proton adalah yang paling hadapan berbanding jenama pesaing-pesaing yang lain bagi bulan ini serta suku pertama 2019. Ini juga bermakna mereka telah berjaya mendahului jenama automotif keempat terlaris di Malaysia, mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama popular di kalangan pembeli kereta di Malaysia.

Proton X70

“Angka yang dicatatkan oleh Proton pada tahun 2019 merupakan hasil daripada usaha padu yang dilakukan oleh setiap pekerja di Syarikat. Pencapaian-pencapaian ini juga adalah disebabkan oleh pembukaan cawangan-cawangan 3S/4S, peningkatan kualiti produk, tumpuan penuh pada perkhidmatan pelanggan serta penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Meskipun baru dilancarkan, Proton X70 telah berjaya mencatatkan angka pendaftaran yang memberangsangkan dengan 2,979 unit telah didaftarkan pada bulan Mac. Ini menjadikan ia bukan sahaja sebagai SUV terlaris untuk bulan ini, tetapi secara kumulatifnya juga merupakan SUV paling popular untuk tiga bulan pertama tahun ini.

Previous post

Audi A4 Semua Elektrik Dijadualkan Untuk 2023

Next post

Pusingan Kedua Cub Prix Malaysia Akan Diteruskan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *