Sukan

Pusingan Kedua Cub Prix Malaysia Akan Diteruskan

Promoter Cub Prix Malaysia, Two Wheels Motor Racing (TWMR) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pusingan kedua kejuaraan Cub Prix Malaysia akan diteruskan seperti yang dirancang di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada 13 dan 14 April ini.

BHP Banner Audi

Ini adalah berikutan pembatalan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sebagai badan berkuasa sukan permotoran negara pada 30 November 2018.

Dalam kenyataan tersebut, TWMR mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan kerana bersetuju untuk berkompromi dengan ahli-ahli sukan permotoran di Malaysia.

“Dengan bekerjasama, Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan ahli sukan permotoran Malaysia telah memastikan kesinambungan sukan tersebut dalam pelbagai bentuk.”

Previous post

Proton Akhiri Suku Pertama 2019 Dengan Rekod Jualan Baharu

Next post

Jaguar Land Rover Menang Kes Saman Ke Atas Jiangling

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *