Motosikal / Lain Lain Roda

Pemenang Rancangan Realiti Pulsar Dareventure Malaysia Diumumkan

Rancangan realiti motosikal yang pertama di Malaysia, Pulsar Dareventure yang dibawakan oleh Modenas telah sampai ke penghujung dengan pengumuman juaranya yang bergelar Pulsar Dareventurer Malaysia. Selepas Nepal, Sri Lanka dan Peru, ini merupakan edisi pertama acara ini dianjurkan di Asia Tenggara. Rancangan realiti ini telah memaparkan persaingan antara penunggang-penunggang motosikal tempatan bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM5,000 beserta sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200.

BHP Banner AMG GT43

Di penghujungnya, Leong Choon Yip, peserta yang berasal dari Puchong, Selangor telah dinobatkan sebagai juara program realiti ini. Tempat kedua jatuh kepada Paavigness Rao A/L Chandarh Roo dari Jempol, Negeri Sembilan dan Nik Norparhana Yasmin Binti Nik Wel dari Kepala Batas, Pulau Pinang ditempat ketiga. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan RM1,500.

“Berpeluang menjadi sebahagian dari Pulsar Dareventurer pertama di Asia Tenggara sudahpun satu pengalaman yang cukup mengagumkan, tetapi untuk benar-benar memenanginya adalah sesuatu yang saya tidak pernah impikan! Pengembaraan ini amat menyeronokkan dan memuaskan, dan menerusinya saya juga telah dapat menjalinkan persahabatan dengan ramai kenalan baharu yang mempunyai minat yang sama,” ujar Leong.

Sepanjang 8 episod sesi pengambaran pertandingan ini, para peserta berpeluang mengembara ke destinasi-destinasi dengan panorama yang menakjubkan. Peserta-peserta telah bersaing di dalam pelbagai cabaran yang merentasi beberapa buah negeri, menunggang motosikal Pulsar NS200 menerusi pelbagai pengembaraan dari Selangor melalui negeri Perak, Pahang dan ke Putrajaya.

1

Mereka telah mengembara ke tempat-tempat dengan laluan yang mencabar seperti Speedway PLUS Circuit di Subang Jaya, Bukit Pasir di Rawang, SWAT Paintball di Janda Baik Pahang, Tanjung Tualang Tin Dredge di Batu Gajah. Kellie’s Castle, Hoga Gaharu Tea Valley di Gopeng, dan Putrajaya Challenge Park. Episod di Hoga Gaharu Tea Valley khususnya memberi mereka peluang untuk menguji kemahiran menunggang motosikal mereka di luar zon keselesaan masing-masing.

Salah satu faktor yang menjadi keunikan pertandingan ini adalah cabaran-cabaran yang berlainan bagi setiap episod seperti bermain ‘paintball’ sambil menunggang motosikal, kuiz sejarah dan bekerjasama dalam kumpulan dengan peserta-peserta lain. Kesemua cabaran-cabaran ini bukan sahaja menguji kemahiran menunggang peserta, malahan turut menguji kemampuan dalam merancang strategi, ketahanan fizikal serta kebolehan berpasukan mereka.

Setiap episod dalam pertandingan ini, bermula dari pemilihan peserta, penyingkiran mingguan dan pengumuman juara telah disiarkan di saluran YouTube MODENAS Malaysia bermula pada bulan Februari 2019.

Previous post

Boy Wong, Brendon Lim, Diana Danielle Juara Keseluruhan Cabaran Toyota Vios Musim Ke-2

Next post

Pelancaran VW Golf 2020 Pada February 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *