Gaya Hidup

McLaren Senna LEGO Ambil Masa Lebih Lama Untuk Disiapkan

Percaya atau tidak, replika McLaren Senna yang sedang anda lihat ini diperbuat menggunakan 467,854 kepingan Lego dan mengambil masa hampir 5,000 jam untuk disiapkan.

BHP Banner Silver

Projek ini melibatkan kira-kira 42 kakitangan Lego. Secara spesifiknya, mereka memerlukan 2,210 jam untuk menyiapkan pembangunan dan reka bentuk, dan 2,725 jam untuk memasang kepingan-kepingan tersebut menjadi model skala 1:1.

mclaren-senna-fullsize-lego (1)

Jika difikirkan, ini adalah satu kerja yang tidak masuk akal lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan model sebenar yang mengambil masa selama 300 jam untuk dipasang. Dengan berat keseluruhan 1,700 kg, replika Lego ini juga 500 kg lebih berat berbanding Senna.

mclaren-senna-fullsize-lego (3)

Hasilnya adalah rekaan yang menakjubkan dan lebih terperinci berbanding model skala 1:1 720S yang didedahkan dua tahun lalu. Ini mungkin juga kerana Lego menggunakan beberapa bahagian yang diambil dari model sebenar seperti tayar dan rim, stereng, tempat duduk pemandu dan pedal.

mclaren-senna-fullsize-lego (2)

Apa yang menarik, pintunya boleh dibuka dan ditutup walaupun dibina dengan kepingan plastik itu. Terdapat juga satu butang pada bahagian bumbung yang boleh digunakan untuk “menghidupkan enjin” dan menyalakan lampu.

mclaren-senna-fullsize-lego

Previous post

Mercedes S-Class Dilanda Banjir Untuk Dijual Tidak Lama Lagi

Next post

McLaren Tunjuk Model Grand Tourer Akan Datang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *