Motosikal / Lain Lain Roda

Kunjungi Ducati Red Weekend di Naza Automall Hujung Minggu Ini

Pengimport dan pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia iaitu Next Bike Sdn Bhd akan mengadakan kempen Red Weekend 2019 di Naza Automall, Petaling Jaya pada 27 dan 28 April ini.

BHP Banner BMW Motorrad

Dengan penjimatan sehingga RM40,000, peminat Ducati boleh mendapatkan tawaran menarik untuk model-model terpilih termasuk Panigale V4 S, Monster 821 dan Scrambler Ducati.

Pelanggan juga boleh membuat pelbagai pembelian tambahan seperti sesi DRE Racetrack Academy, pakej DRE Bike Travel Scrambler Tour (eksklusif untuk pengunjung Red Weekend pada 27 April sahaja), program Ducati Smart Service serta rebat 20% untuk pakaian Ducati.

2019-Ducati-Hypermotard-950-01

Bukan itu sahaja, kempen Red Weekend juga akan menyaksikan kehadiran model Hypermotard 950 yang akan dilancarkan ke pasaran tidak lama lagi.

“Di Next Bike, kami meletakkan keutamaan pada pelanggan kami. Kami sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan pengalaman pelanggan Ducati, terutamanya kerana kami mempunyai lebih 600 ahli dalam Desmo Owners Club (DOC) Malaysia,” kata Nazman S.H.C. Yusof, Ketua Divisyen 2-Roda, Naza Automotive Group.

Previous post

Proton Bertukar 2 Dokumen Perjanjian Di Beijing

Next post

49 Tahun Range Rover

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *