Bisnes

Proton Bertukar 2 Dokumen Perjanjian Di Beijing

PROTON bertukar dokumen dengan dua rakan perniagaan di Beijing yang akan mendorong pembangunan masa depan Syarikat. Pertukaran dokumen yang pertama ialah Perjanjian Perlesenan dan Bantuan Teknikal dengan ALHAJ Automobile (ALHAJ) bagi membina sebuah kilang pembuatan kereta Proton di Karachi untuk pasaran Pakistan. Pertukaran yang kedua merupakan kemudahan perbankan yang ditawarkan oleh China Construction Bank (CCB) yang bernilai RM1.88b.

Majlis Pertukaran dokumen ini disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, di Beijing di mana beliau menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa. Perdana Menteri turut hadir sesi dialog dengan pembekal-pembekal komponen bersama Pengerusi Geely Holding Group, Li Shufu, Pengerusi PROTON, Dato’ Seri Syed Faisal Albar, Daniel Li Donghui, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding Group serta ahli lembaga PROTON, Shaharul Farez Hassan.

Kedua-dua acara pertukaran dokumen antara PROTON dan rakan perniagaannya di Beijing amat penting bagi Syarikat supaya mencapai matlamat jangka panjangnya.

Yang pertama ialah pertukaran dokumen untuk Perjanjian Pelesenan dan Bantuan Teknikal (LTAA) antara PROTON dan ALHAJ Automotive (ALHAJ). Susulan daripada upacara simbolik pecah tanah yang telah diadakan di Islamabad pada bulan Mac lalu, LTAA mengikat perjanjian untuk PROTON dan ALHAJ bagi membina sebuah kilang pengeluaran CKD baharu untuk memasang dan mengedarkan kereta-kereta Proton di Pakistan.

Proton Cina 2

Dialog Dengan Vendor Dari Malaysia Dan Cina

Bakal dibina di Karachi iaitu di satu tapak Greenfield dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta, kilang baharu ini akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tiga tahun pertama operasinya dan anggaran sebanyak 20,000 pekerjaan tidak langsung untuk industri-industri sokongan lain.

Acara pertukaran dokumen kedua adalah antara PROTON dan China Construction Bank (CCB), bagi kemudahan perbankan yang akan diperluaskan oleh salah satu bank terkemuka di China. Dana tersebut diperuntukkan untuk membiayai pelan pengembangan perniagaan PROTON pada masa hadapan kerana Syarikat berusaha mencapai matlamatnya untuk menjadi jenama automotif nombor satu di Malaysia dan nombor tiga di ASEAN menjelang 2027.

“Pertukaran dokumen antara PROTON dan rakan-rakannya, ALHAJ dan CCB, adalah langkah penting dalam usaha PROTON untuk mencapai matlamat jangka panjangnya. Pengembangan ke lebih banyak pasaran asing adalah kritikal untuk pertumbuhan jualan sambil memperoleh pembiayaan membolehkan Syarikat melabur dalam banyak projek yang diperlukan untuk menjadikan PROTON jenama automotif peringkat global,” kata Dato’ Seri Syed Faisal Albar.

Selepas perjanjian antara Geely dan DRB-HICOM untuk bersama-sama membina semula PROTON ditandatangani pada 2017, Syarikat komited untuk memainkan peranan aktif bagi membangunkan ekosistem automotif Malaysia dengan menggalakkan pembekal tempatan meningkatkan kecekapan, kualiti dan kepakaran mereka dalam membekalkan komponen-komponen berteknologi tinggi yang diperlukan melalui tawaran-tawaran pada masa hadapan.

Usaha ini telah dilakukan dengan memadankan pembekal-pembekal dari Malaysia dengan pembekal dari China yang telah pun menjadi pembekal kepada Geely untuk membentuk syarikat usahasama baharu dan menandatangani perjanjian teknikal. Setakat ini, seramai 16 pembekal Cina telah mendaftar untuk inisiatif ini serta seramai enam syarikat lagi bakal memasuki sebagai pelabur langsung asing. Secara kumulatif, tawaran-tawaran ini telah memperoleh pelaburan awal lebih daripada RM270 juta dengan 56% daripada pembekal yang membekalkan sektor elektronik dan komponen elektrik.

Para pembekal tersebut telah hadir di sesi dialog bersama pihak-pihak lain yang turut berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang landskap pasaran, dasar kerajaan, insentif dan peraturan-peraturan dalam industri automotif Malaysia. Sesi ini dilihat sebagai peluang untuk pertanyaan mereka dijawab oleh Perdana Menteri yang menyebut industri sebagai komponen penting dalam ekonomi Malaysia.

Proton Cina 3

Dr Li Chunrong, CEO PROTON Sambut Tun Dr Mahathir Di Beijing.

Previous post

Pakej Mampu-Milik Hari Raya Dan Peluang Memenangi Hadiah RM60,000 Dari Ford

Next post

Kunjungi Ducati Red Weekend di Naza Automall Hujung Minggu Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *