Berita Auto

Ferrari F8 Tributo Masuk Pasaran Malaysia

Naza Italia telah melancarkan Ferrari F8 Tributo yang boleh dimiliki pada harga RM1.068 juta tidak termasuk cukai dan kos kelengkapan tambahan.

BHP Banner Honda HRV Eropah

Model pengganti 488 GTB itu diperkenalkan buat pertama kali di acara Geneva Motor Show pada bulan lalu. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menerima kehadirannya.

IMG_7551

Dikuasakan oleh enjin twin-turbo 3.9-liter V8 yang dinobat sebagai Enjin Tahunan tiga kali berturut-turut dari 2016 hingga 2018, F8 Tributo mempunyai 720 hp pada 8,000 rpm dan 770 Nm pada 3,250 rpm sekaligus meletakannya sebaris dengan 488 Pista.

IMG_7566

Ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.9 saat (0.1 saat lebih pantas berbanding 488 GTB), dan dari 0 hingga 200 km/j dalam 7.8 saat (0.5 saat lebih pantas). Kelajuan maksimum F8 Tributo juga lebih tinggi iaitu 340 km/j berbanding 330 km/j yang mampu dicapai oleh model yang digantikannya.

IMG_7576

Peningkatan prestasi ini dicapai bukan sahaja menerusi kuasa yang lebih tinggi, tetapi juga melalui pengurangan berat badan di mana F8 Tributo dikatakan 40 kg lebih ringan dengan berat badan keseluruhan 1,330 kg.

IMG_7534

Model ini juga mempunyai tahap kecekapan aerodinamik yang lebih tinggi sebanyak 10 peratus, selain peningkatan ‘downforce’ sebanyak 15 peratus yang disumbangkan oleh saluran-S pada bahagian hadapan.

IMG_7537

Di bahagian belakang, skrin Lexan yang diinspirasikan oleh F40 membantu mengeluarkan udara panas dari ruang enjin tanpa mengganggu keberkesanan spoiler.

IMG_7569

Ruang kabin mengekalkan susun atur kokpit yang memfokuskan kepada pemandu, namun setiap elemen pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah telah direka semula. Selain sistem HMI generasi baru lengkap dengan paparan 7 inci untuk penumpang, model ini juga menerima stereng baharu yang lebih kecil.

IMG_7556

Bagi kelengkapan elektronik, F8 Tributo dilengkapi dengan Side Slip Angle Control versi 6.1 serta Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+) versi terbaru yang boleh diaktifkan menerusi mod Race.

IMG_7530

IMG_7536

IMG_7538

IMG_7574

IMG_7554

Previous post

Allianz Motorcycle Plus - Perlindungan Untuk Motosikal 245cc Ke Bawah Tanpa Kos Tambahan

Next post

Peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” Sudah Ada Pemenang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *