Insuran / Waranti

Allianz Motorcycle Plus – Perlindungan Untuk Motosikal 245cc Ke Bawah Tanpa Kos Tambahan

Bermula 1 Mei, motosikal kecil juga boleh menikmati perlindungan besar dengan Allianz Motorcycle Plus.

BHP Banner Allianz Malaysia

Syarikat insurans am Allianz Malaysia, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, merupakan penanggung insurans yang pertama menyediakan perlindungan tambahan bagi motosikal kecil bawah 245cc.

Para penunggang motosikal boleh memilih antara Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) yang merangkumi Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal), Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (untuk 60 hari) dan Perlindungan Jumlah Diisuranskan Sepenuhnya Peril Khas (perlindungan banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain) atau Allianz Motorcycle Plus (Pihak Ketiga sahaja) yang menawarkan Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal) serta Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (untuk 60 hari) tanpa bayaran premium tambahan.

Allianz Motorcycle Plus 2

Allianz Malaysia Berhad Chief Executive Officer Zakri Khir during the during the announcement of Allianz General’s latest product Allianz Motorcycle Plus.

“Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak boleh dikawal dan disediakan hanya untuk pengukuhan jenama, ianya perlu berguna dan memenuhi tujuan melindungi dan memenuhi kehendak pelanggan. Dengan Allianz Motorcycle Plus, kami ingin memenuhi keperluan orang ramai. Kami ingin menawarkan produk yang mampu milik dengan perlindungan yang terbaik untuk penunggang motosikal di negara ini,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad.

Pada tahun lepas, Buku Statistik Keselamatan Jalan Raya JKJR 2018 melaporkan kira-kira 13.6 juta buah motosikal di jalan raya dalam Malaysia, bersamaan 46 peratus pengguna jalan raya. Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa motosikal merupakan penyebab utama kemalangan maut kenderaan dengan jumlah 3,179 kematian.

“Statistik tidak menipu. Malah, jumlah tersebut amat membimbangkan kami sebagai penanggung insurans terutamanya kerana perniagaan kami ialah untuk melindungi nyawa,” kata Zakri.

“Keselamatan dan kecuaian dengan sengaja penunggang motosikal sering dilepas pandang dan mereka tidak memahami bahawa insurans motor bukan hanya diperlukan untuk membeli cukai jalan raya. Secara jujurnya, ramai orang selesa membiarkan orang lain menjaga mereka. Dan sebagai penanggung insurans, cabaran terbesar kami pada zaman sekarang ialah menukar cara pemikiran warga Malaysia untuk mengambil berat tentang kecuaian mereka sendiri,” tambah Zakri.

Sebagai sebahagian daripada kempen yang akan berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai, semua pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus baharu akan berpeluang memenangi enam buah motosikal SYM SM Sport 100cc. Para pemenang akan dipilih melalui undian daripada kumpulan polisi yang layak.

Untuk maklumat lanjut tentang solusi insurans Allianz Malaysia, sila layari allianz.com.my

Allianz Motorcycle Plus 3

Allianz Malaysia Berhad Chief Executive Officer Zakri Khir (left) with Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Chief Sales Officer Horst Habbig speaking to the media during the announcement of Allianz General’s latest product Allianz Motorcycle Plus.

 

 

 

 

Previous post

Harga Rasmi Nissan X-Trail Facelift Diumumkan

Next post

Ferrari F8 Tributo Masuk Pasaran Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *