Cerita Auto

Harga Rasmi Nissan X-Trail Facelift Diumumkan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengumumkan harga rasmi bagi Nissan X-Trail facelift yang diperkenalkan pada bulan lalu.

BHP Banner Honda HRV Eropah

Berikut adalah harga (atas jalan, tidak termasuk insurans dan pendaftaran) X-Trail mengikut varian:

  • X-Trail 2.0L 2WD – RM133,888
  • X-Trail 2.0L 2WD MID – RM145,888
  • X-Trail 2.5L 4WD – RM153,888
  • X-Trail 2.0L Hybrid – RM159,888

Nissan X Trail 14

Setiap varian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, termasuk untuk komponen HEV dan bateri lithium-ion HEV.

Nissan X Trail 15

Selain itu, ETCM turut menawarkan Servis Penyelanggaraan Berkala (Periodic Maintenance Service) untuk dua tahun atau 40,000 km (mana-mana tiba dahulu) serta hadiah eksklusif bernilai RM488 bagi 500 pembeli pertama. Tawaran ‘trade-in’ yang tinggi turut disediakan.

Nissan X Trail 07

Orang ramai dijemput untuk memandu uji X-Trail baharu di mana-mana bilik pameran di seluruh negara. Model itu juga akan dipamerkan di siri jelajah yang akan diadakan di lokasi-lokasi berikut:

  • 1 Utama, Petaling Jaya – 17 hingga 21 April
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang – 17 hingga 21 April
  • Kuantan City Mall, Kuantan – 18 hingga 21 April
  • Paradigm Mall JB, Johor – 19 hingga 21 April

 

Previous post

Promo Raya Mitsubishi - Rebat dan Hadiah Eksklusif untuk Direbut

Next post

Allianz Motorcycle Plus - Perlindungan Untuk Motosikal 245cc Ke Bawah Tanpa Kos Tambahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>