Promosi

Peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” Sudah Ada Pemenang

Alangkah bertuahnya kawan kita ini. Shahrul Iman bin Sulaiman dari Pahang. Dia beli Ford Ranger XLT Plus lepas tu menang Ford Ranger Raptor.

BHP Banner Ford Ranger

Sementara itu, tabung kebajikan Ford Ranger Raptor saya, baru cukup untuk beli sticker dia. Yang kecil.

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 April 2019 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia mengakhiri peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” dengan menghadiahkan Ford Ranger Raptor – trak pikap Ford berprestasi tinggi yang terkini kepada seorang pelanggannya yang bertuah.

Shahrul Iman bin Sulaiman dari Pahang, yang membeli Ford Ranger XLT Plus berkata “Memenangi Ranger Raptor memang tidak diduga dan pastinya ia kemenangan paling besar dalam hidup saya.” Terima kasih Sime Darby Auto ConneXion dan Ford. Saya akan pulang beraya kali ini dengan penuh gaya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang menyertai peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” ini. Ia adalah salah satu inisiatif kami dalam memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami dan memastikan pengalaman pemilikan mereka merupakan sesuatu yang mengujakan,” ujar Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” telah berlangsung dari 25 Oktober 2018 sehingga 31 Januari 2019 yang lalu bersempena dengan pelancaran Ford Ranger baharu. Melalui peraduan tersebut, para pelanggan yang membeli mana-mana varian Ford Ranger berpeluang untuk memenangi sebuah Ranger Raptor. Dengan rekaan kejuruteraan berprestasi tinggi, Ranger Raptor adalah lambang kemunculan unggul sebuah trak dengan penampilan garang dan hebat untuk laluan lasak. Ranger Raptor telah meneroka pasaran baru untuk sektor trak pikap premium, yang pertama dan satu-satunya di pasaran.

Untuk info lebih lanjut atau membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford

Previous post

Ferrari F8 Tributo Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Hyundai Lancar Elantra Yang Direkabentuk Semula Dengan Harga RM109,888

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>