Kemalangan / Rosak / Recall

Sah! Proton X70 Selamat

Seperti yang diketahui ramai, Proton X70 adalah Geely Boyue yang ditukar lencana  dan beberapa rakyat Malaysia ada mempersoalkan keselamatannya kerana ia adalah produk ‘Buatan China’ yang diimport sepenuhnya ke Malaysia. Nah, gambar kemalangan Geely Boyue (Proton X70) baru-baru ini yang dikongsi dari China menunjukkan ciri kekuatan dan keselamatannya berfungsi dengan baik. Lihatlah sendiri.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Ianya adalah perlindungan, pencegahan dan kognitif dan secara keseluruhannya mereka membentuk penyelesaian keselamatan yang komprehensif.X70 Proton 2

Peralatan keselamatan piawai bagi semua varian terdiri daripada enam beg udara SRS, ISOFIX tempat duduk belakang dengan penampal penambat atas, Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Auto Brake Hold, Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Hill Hold Assist (HHA), Hill Descent Control (HDC) dan Emergency Stop Signal (ESS).X70 Proton 3

Kamera 360 ditawarkan untuk varian Eksekutif dan Premium manakala kereta Eksekutif AWD dan spesifikasi Premium juga menerima Tyre Pressure Monitoring System (TPMS). Varian Premium juga menambah Advanced Driver Assistance System (ADAS) ke senarai peralatan. ADAS di Proton X70 terdiri daripada sistem keselamatan aktif dan kognitif termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Information System (BLIS), Door Opening Warning System (DOW) dan Intelligent High Beam Control (IHBC).X70 Proton 4

Keberkesanan penyelesaian keselamatan komprehensif telah terbukti apabila Proton X70 dianugerahkan penarafan keselamatan 5-Bintang dalam ujian NCAP ASEAN baru-baru ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Proton X70 semua baharu atau untuk memandu uji, sila ke mana-mana bilik pameran seluruh negara.X70 Proton 5

 

 

Previous post

Mazda3 2019 Ada Citarasa Itali

Next post

Rolls Royce Ghost Ditemui Di KL

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *