Cuba Try

Pandu Uji: Ford Ranger Wildtrak 4X4 (2019)

Apabila Ranger Raptor dilancarkan di pasaran Malaysia, kita boleh lihat ramai orang, termasuk mereka yang sebelum ini tidak meminati trak pikap pun, menjadi begitu teruja dengan kehadiran model itu di negara ini.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Manakan tidak, Raptor adalah nama yang cukup gah di Amerika Syarikat dan untuk menyaksikannya masuk ke pasaran negara ini walaupun dalam bentuk Ranger (bukannya F-150 seperti di sana) sudah boleh dikira cukup menarik.

Namun dengan harga yang mencecah RM200,000, adil jika dikatakan bahawa Ranger Raptor hanya mampu dibeli oleh tauke-tauke dan pemilik perniagaan yang ingin menambah koleksi kenderaan mereka.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 17

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih mesra dompet namun tetap bergaya dan sama berkebolehan, jangan risau kerana Sime Darby Auto Connexion (SDAC) turut membawa masuk Ranger Wildtrak 4X4 yang diposisikan sebagai varian kedua tertinggi dalam barisan Ranger.

Dijual pada harga RM144,888, model ini sebenarnya menggunakan enjin dan transmisi yang sama dengan Ranger Raptor namun setakat itu sahajalah persamaannya. Penyerap hentak Fox Racing Shox tidak ada Wildtrak yang sebaliknya menggunakan suspensi leaf spring standard.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 04

Ia tidaklah sehebat dan segah suspensi Fox yang boleh menyerap impak pendaratan dengan mudah, namun penulis kira sistem suspensi standard ini sudah cukup teguh dan selesa untuk tugas harian.

Dari segi reka bentuk dan penampilan, Wildtrak sekarang kelihatan tidak ubah seperti versi sebelum ini kecuali pada bahagian lampu kabus pada bampar depan dan jeriji yang telah diberi sentuhan halus.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 14

Sama juga ceritanya pada bahagian dalaman, di mana perubahan paling ketara adalah penggunaan upholsteri kulit hitam sepenuhnya bagi menggantikan upholsteri berwarna jingga/hitam yang terdapat pada versi sebelum ini.

Jahitan kontras berwarna jingga pada tempat duduk dan stereng dikekalkan bagi menyerikan lagi suasana di dalam kabin, manakala papan pemuka sebelah penumpang kini mempunyai tulisan ‘Wildtrak’ bagi mengingatkan penumpang bahawa mereka menaiki varian yang istimewa sedikit berbanding varian XLT atau XLT+.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 26

Satu lagi objek baharu yang ada di dalam kabin adalah butang penukar gear (dipanggil rocker switch) yang terletak pada tombol gear. Dengan butang ini, anda boleh menukar gear dengan hanya menggunakan ibu jari namun oleh kerana transmisi 10 kelajuan yang ada pada model ini sangat ‘cerdik’ dan lancar, ciri ini jarang sekali digunakan.

Dari segi infotainmen, Wildtrak dilengkapi dengan sistem SYNC 3 yang boleh diakses menerusi skrin sentuh bersaiz 8 inci. Selain ciri-ciri seperti Bluetooth, navigasi dan arahan suara, sistem terbaru ini juga menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem terbaru ini lebih lancar dan mudah untuk digunakan jika dibandingkan dengan sistem sebelum ini.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 34

Tanpa mengira aspek pengendalian, Ranger Wildtrak memberikan ‘feel’ pemanduan yang sama dengan Ranger Raptor. Berbekalkan 213 PS pada 3,750 rpm dan 500 Nm dari 1,750 hingga 2,000 rpm, enjin Panther mampu memacu jentera seberat 2.1 tan ini seolah-olah ia mempunyai kapasiti yang lebih besar. Hakikatnya, enjin baharu itu mempunyai kuasa yang lebih tinggi berbanding enjin 3.2-liter pada Wildtrak sebelum ini.

Seperti yang dijangka, perbezaan ketara boleh dirasakan apabila model ini dipandu laju di atas jalan raya. Jika Ranger Raptor terasa lebih stabil dan meyakinkan ketika menyerang selekoh, Wildtrak terasa seperti kebanyakan trak pikap lain, akan berbuai-buai jika terlalu dipaksa. Jangan salah sangka, pengendaliannya masih bagus dan selesa untuk digunakan sebagai kenderaan harian.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 21

Bukan itu sahaja, kehadiran ciri Active Noise Cancellation yang berfungsi untuk menghalang bunyi-bunyi bising dari meresap ke dalam kabin menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan. Ketika dipandu di atas permukaan berbatu pula, bunyi-bunyi dari pasir dan batu kecil tidak terlampau ketara dan masih boleh diterima.

Walaupun tidak mempunyai sistem suspensi Fox, varian Wildtrak dilengkapi dengan barisan teknologi bantuan pemandu terkini seperti Autonomous Emergency Braking, Lane Departure Warning Assist, Forward Collision Warning dan Adaptive Cruise Control. Sistem bantuan parkir sisi Semi Automatic Parallel Parking pun ada, cuma bergantung sama ada anda berani atau tidak untuk mencubanya di kawasan parkir awam.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 30

Dengan perbezaan harga sebanyak kira-kira RM55,000, Ranger Wildtrak tampil sebagai pilihan terbaik bagi mereka yang mencari alternatif kepada Ranger Raptor yang lebih mampu milik, lebih-lebih lagi kerana kedua-dua model ini mempunyai powertrain yang sama.

Ketiadaan suspensi Fox dan mod Baja adalah satu kehilangan yang besar tetapi secara jujurnya, anda tidak memerlukan ciri-ciri tersebut kecuali jika anda berhasrat untuk melenjan trak anda di tapak pembinaan kosong setiap hujung minggu. Penggayaan tidak seagresif Raptor? Beri sedikit masa dan conversion kit pasti melambak-lambak di pasaran.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 01

Spesifikasi Ford Ranger Wildtrak 2019
Enjin: diesel BiTurbo empat silinder
Kapasiti: 1,996 cc
Kuasa: 213 PS @ 3,750 rpm
Tork: 500 Nm @ 1,750-2,000 rpm
Transmisi: automatik 10 kelajuan
0-100 km/j: -
Kelajuan maksimum: -
Harga: RM144,888

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 16

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 12

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 18

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 29

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 20

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 08

 

 

Previous post

Hyundai Tucson N Akan Tiba Dengan 340 HP?

Next post

Siapakah Yang Akan Membawa Suzuki Balik Ke Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>