Konsep / Lakaran / Intipan

Land Rover Buat U-Turn, Batal Pengeluaran SV Coupe

Acara Geneva Motor Show 2018 menyaksikan kemunculan Range Rover SV Coupe yang akan dijual dalam jumlah yang terhad iaitu 999 unit. Bagaimanapun, laporan Autocar mengatakan bahawa Jaguar Land Rover telah membatalkan rancangannya untuk menghasilkan model flagship itu.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Keputusan itu diambil bagi membolehkan Land Rover memfokuskan usahanya ke arah pengeluaran model biasa seperti Discovery Sport dan Defender baharu yang bakal membuat kemunculan pada tahun ini.

Syarikat itu berkata pihaknya telah mengambil keputusan yang sukar untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka bahawa Range Rover SV Coupé tidak akan dikeluarkan. Sebaliknya, ia sedang memfokuskan sumber dan pelaburannya kepada produk bertaraf dunia generasi seterusnya.

land-rover-range-rover-sv-coupe-teaser

Kemungkinan besar, langkah ini adalah sebahagian daripada rancangan Jaguar Land Rover untuk menjimatkan 2.5 bilion pound dalam tempoh setahun setengah akan datang, yang diumumkan awal bulan ini bersama dengan pemecatan 4,500 pekerja.

SV Coupe sepatutnya ditawarkan dengan enjin supercharged 5.0-liter V8 yang menghasilkan 565 hp dan 700 Nm. Dengan kotak gear automatik lapan kelajuan, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.3 saat dengan kelajuan maksimum 265 km/j.

Previous post

Jualan Volvo Car Malaysia Naik 35 Peratus

Next post

Saab & Supercar Sweden Koenigsegg Bersatu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *