Motosikal / Lain Lain Roda

9 Isu Yang Kita Ada Dengan Penunggang Motosikal Malaysia

.Setiap pemandu kereta Malaysia yang berpengalaman ada cerita mereka tentang kemarahan mereka terhadap penunggang motosikal. Ia bermula dengan isu-isu kecil sehingga ke perbuatan jenayah. Di bawah ini, kita berkongsi 9 isu yang selalu kita dengar.

  1. Menunggang di lorong laju … perlahan.
  2. Menunggang di lorong tengah … perlahan.
  3. Melanggar cermin sisi kereta kita dan menunggang lari.
  4. Menunggu di persimpangan lampu isyarat di hadapan kita dan lalai ketika lampu menjadi hijau dan mengambil masa untuk bergerak.
  5. Menunggang di kawasan perumahan tanpa topi keledar …… kenapalah? …… jika mereka berlaku kemalangan …… KITA pemandu kereta yang susah kerana mereka adalah kenderaan yang lebih kecil …… walaupun mereka melanggar undang-undang lalu lintas.
  6. Membonceng anak-anak mereka yang tidak memakai topi keledar.
  7. Melenggar lampu isyarat di persimpangan dan kita perlu mengelak atau brek.
  8. Konvoi motosikal besar yang mengambil alih lorong laju dan mempunyai ‘Marshall’ yang berpura-pura sebagai outrider polis yang ‘memaksa’ pemandu kereta untuk memberi jalan kepada mereka di lebuh raya terbuka untuk memberi jalan konvoi mereka.
  9. Penunggang motosikal ‘yang dicuri’ yang melanggar kami … dan berpura-pura cedera dan apabila kami membuat laporan polis kami dapat tahu nombor plat motosikal mereka adalah dari motosikal curi dan penunggangnya adalah orang asing tanpa dokumen sah.

Sekiranya kita tertinggal sebarang isu lain …. silalah tokok tambah dan kongsi bersama dan kami akan panjangkan senarai ini. Terima kasih dan elakkan diri daripada menjadi salah seorang penunggang motosikal di atas.

 

Previous post

SUV Coupe Geely Akan Mencabar CX3, HR-V & C-HR

Next post

Rolls Royce Jimat Duit?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *