Berita Auto

PROTON Menang Banyak Bulan November Lalu

Jualan PROTON pada bulan November 2018 mencecah 4,820 unit, peningkatan berbanding tempoh yang sama 2017. Pegangan pasaran pada peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 10.2% (angka pra pengesahan).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Sama seperti bulan sebelum ini, PROTON masih mengekalkan strategi harga yang menarik pada bulan November serta dasar harga tanpa SST di mana Syarikat menyerap jumlah cukai untuk kesemua modelnya. Promosi ini telah mendapat tarikan dan sokongan pembeli.

PROTON WINS S1K_TEAM PROTON WINS 2018 S1K RACEPada Disember 2018, PROTON akan meraikan kemenangan S1K 2018 baru-baru ini melalui promosi “Rebat Juara”. Dengan memenangi S1K untuk kali keempat menerusi empat model yang berlainan, PROTON telah menjadi jenama yang paling berjaya dalam sejarah acara itu, satu fakta yang diiktiraf oleh Syarikat dengan menawarkan rebat sehingga RM3,000 untuk empat buah modelnya iaitu Proton Ertiga, Iriz, Persona dan Saga.Champion RebatesBerikutan tempahan pra pelancaran Proton X70 yang terus meningkat, orang ramai telah memenuhi booth PROTON di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 untuk melihat dengan lebih dekat SUV pertama Syarikat. Proton X70 at KLIMS

Sewaktu di KLIMS, Syarikat telah mengumumkan tarikh pelancaran Proton X70 yang ditetapkan pada 12 Disember, mengakhiri spekulasi mengenai bila SUV itu akan mula dijual.

Memandangkan cuti hujung tahun telah bermula, PROTON ingin menjadikan perjalanan pada musim cuti ini lebih selamat dengan menawarkan pemeriksaan keselamatan 18-mata percuma untuk semua model Proton di pusat servis yang diiktiraf. Promosi akan bermula pada 4 Disember dan diteruskan sehingga akhir bulan Februari 2019 untuk merangkumi hari terakhir cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina.

Safety Inspection

Previous post

Nissan Leaf Nismo RC Kini Dengan Dua Kali Lebih Kuasa

Next post

MForce Bike Lancar Jenama Motosikal Baharu: WMoto

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *