Berita Auto

Nissan Leaf Nismo RC Kini Dengan Dua Kali Lebih Kuasa

Nissan telah memperkenalkan Leaf Nismo RC generasi kedua dan kali ini jentera lumba elektrik itu mempunyai dua kali ganda lebih banyak kuasa berbanding model generasi pertama yang diperkenalkan tujuh tahun lalu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Ia dipacu oleh dua buah motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 240 kW (322 hp) dan 640 Nm. Menurut Nissan, motor elektrik dan inverter diambil daripada model Leaf versi pengeluaran.

Oleh kerana setiap satu motor elektrik tersebut diletakkan pada setiap gandar, Leaf Nismo RC secara tidak langsung mendapat pacuan semua roda (AWD) dengan pemvektoran tork. Bateri dan inverter pula diletakkan di tengah-tengah casis untuk mencapai keseimbangan berat yang ideal.

2018-LEAF-NISMO-RC-03

Selain itu, Nissan turut menggunakan pelbagai komponen ringan termasuk struktur monocoque gentian karbon, menjadikan berat keseluruhan kereta ini sebanyak 1,220 kg. Ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.4 saat, iaitu 50% lebih pantas daripada model sebelum ini.

Sayangnya, anda tidak akan dapat melihat jentera ini beraksi di mana-mana kejohanan kerana Nissan hanya membina enam unit untuk dipamerkan di perlumbaan Formula E dan acara-acara utama seluruh dunia, termasuk Nismo Festival pada bulan ini.

2018-LEAF-NISMO-RC-track-06

Previous post

Azlan Gagal Pertahan Gelaran SuperSports 600cc

Next post

PROTON Menang Banyak Bulan November Lalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *