Motosikal / Lain Lain Roda

BMW S 1000 RR Baru Diperkenalkan Secara Rasmi

BMW S 1000 RR versi terbaru akhirnya diperkenalkan di pertunjukan motosikal EICMA 2018 di Milan, Itali. Selain reka bentuk yang lebih segar dan futuristik, model ini dikatakan lebih laju berbanding sebelum ini dengan enjin baru yang lebih berkuasa dan badan yang lebih ringan.

BHP

Enjin 998 cc empat silinder itu bukan sahaja 4 kg lebih ringan, malah menampilkan teknologi ShiftCam yang direka untuk memvariasikan pemasaan injap dan lejang injap pada bahagian intake. Dipadankan dengan sistem ekzos baru yang juga lebih ringan, ia menghamburkan 207 hp pada 13,500 rpm dan 113 Nm pada 11,000 rpm.

2019-BMW-S1000RR-41

Bagi casis, BMW membangunkan kerangka yang lebih ringan dengan geometri tunggangan baru dan pengagihan beban roda yang dioptimumkan. Suspensi belakang menampilkan ciri ‘Full Floater Pro kinematics’ yang dikatakan dapat meningkatkan cengkaman tayar belakang, sekaligus memberikan pengendalian lebih responsif.

2019-BMW-S1000RR-64

Bukan itu sahaja, pemilik juga boleh mendapatkan suspensi elektronik Dynamic Damping Control (DDC) yang ditawarkan secara pilihan untuk tunggangan di litar lumba.

2019-BMW-S1000RR-69

Antara ciri elektronik yang disertakan adalah mod tunggangan Rain, Road, Dynamic dan Race, ABS Pro, HP Shift Assistant Pro dan Dynamic Traction Control (DTC) dengan Wheelie Function. BMW turut menawarkan mod tunggangan Race Pro yang merangkumi ciri seperti Launch Control dan Pit Lane Limiter.

2019-BMW-S1000RR-57

Bahagian kokpit menampilkan skrin TFT  6.5 inci yang lebih mudah dibaca. Penunggang mempunyai beberapa pilihan paparan termasuk Pure Ride untuk tunggangan harian dan Core 1,2 dan 3 untuk kegunaan di litar. Setiap paparan mempunyai susun atur maklumat yang tersendiri.

2019-BMW-S1000RR-72

Apa yang menarik, S 1000 RR adalah motosikal BMW pertama yang boleh dipesan dengan pakej M. Antara kelengkapan yang ditawarkan menerusi pakej tersebut adalah kemasan cat ‘Motorsport’, rim gentian karbon, bateri ringan dan kit casis. Dengan pakej ini, berat jentera ini dikurangkan dari 197 kg kepada 193.5 kg.

Previous post

Ujian Porsche 911 Generasi Ke-8 Selesai

Next post

Volkswagen Tarok Concept Trak Pikap Generasi Seterusnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *