Cerita Auto

Volkswagen Tarok Concept Trak Pikap Generasi Seterusnya

Volkswagen telah memperkenalkan trak pikap Tarok Concept di acara Sao Paulo International Motor Show. Walaupun masih bergelar kenderaan ‘konsep’, model ini dikatakan sudah bersedia untuk memasuki fasa pengeluaran bagi pasaran Brazil.

BHP

Seperti yang anda boleh lihat, Tarok menampilkan badan ‘double cab’ dengan lima tempat duduk, bumbung kaca panoramik dan jalur LED tiga dimensi yang menghubungkan antara lampu utama dan gril, seperti yang dilihat pada model Atlast Tanoak.

volkswagen-tarok-concept-3

Bahagian kabin kelihatan ringkas dan moden, dengan paparan instrumen digital, sistem infotainment dengan skrin sentuh kaca, kawalan pendingin hawa digital dan kemasan Cypress Metalic pada papan pemuka.

volkswagen-tarok-concept

Apa yang membuatkan Tarok berbeza dengan kebanyakan trak pikap lain adalah ruang kargo yang boleh diubah untuk memuatkan barangan yang panjang. Menurut Volkswagen, ia boleh menampung beban sehingga satu tan.

volkswagen-tarok-concept-4

Model konsep ini dikuasakan oleh enjin 1.4-liter TSI dengan 150 PS yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan pacuan semua roda 4Motion. Khas untuk pasaran Brazil, enjin tersebut dikatakan boleh menerima etanol tulen (E100) atau campuran etanol petrol (E22).

volkswagen-tarok-concept-2

Selain itu, Tarok juga akan ditawarkan dengan enjin turbodiesel 2.0-liter TDI yang menghasilkan 150 PS apabila ia memasuki fasa pengeluaran.

Previous post

BMW S 1000 RR Baru Diperkenalkan Secara Rasmi

Next post

Yamaha YZF-R1 GYTR Untuk 20 Individu Bertuah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>