Khidmat Masyarakat

BMW Group Malaysia Taja Filem Quek Shio Chuan – ‘GUANG’

BMW Shorties, yang merupakan sebuah inisiatif bertradisi diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia telah mencungkil, memupuk, dan mendukung bakat-bakat filem tempatan di Malaysia sejak tahun 2006. Hari ini, ia terus menjadi sebuah platform bagi pelbagai visi kreatif yang disulam sebagai kisah-kisah menarik yang dilahirkan di Malaysia.

Pada tahun 2011, BMW Shorties menyaksikan saudara Quek Shio Chuan menyahut cabaran dan mendemonstrasikan tema tahun tersebut iaitu, ‘Kegembiraan’ (Joy) menerusi filem pendek berdurasi 14 minit yang penuh dengan inspirasi, GUANG, yang bukan sahaja berjaya memenangi geran produksi berjumlah RM75,000 sebagai Hadiah Utama, malah telah menggarap anugerah Lakon Layar Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Filem pendek tersebut juga turut berjaya merangkul pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk pencapaian filem tersebut sebagai filem pendek Asia yang pertama untuk memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik di acara ‘Alto Vicentino Film Festival’ yang berprestij di Santorso, Italy.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Tujuh tahun kemudian, BMW Group Malaysia dan BMW Shorties berbesar hati untuk sekali lagi memberi sokongan kepada Quek dalam usaha beliau untuk mengecapi kejayaan dengan filem cetera panjangnya yang turut diberi nama, GUANG.

GUANG membawakan sebuah kisah yang mengharukan mengenai seorang lelaki autistik, Wen Guang dilakonkan oleh Kyo Chen, yang mempunyai minat mendalam terhadap muzik dan ia tidak diketahui oleh sesiapa. Wen Guang perlu menjurusi dunia ini yang tidak memahaminya apabila abang beliau, Di Di, watak yang dilakonkan oleh Ernest Chong, mendesaknya untuk mencari pekerjaan agar beliau dapat menyara diri.

Sebelum tayangan perdananya yang rasmi di Malaysia, GUANG telahpun berjaya menggarap anugerah Pengarah Baharu Terbaik (Quek Shio Chuan) dan Pelakon Lelaki Baharu Terbaik (Kyo Chen) di ‘13th Chinese Youth Generation Film Forum’ yang telah berlangsung di Wuhan, China. GUANG turut dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Shanghai yang ke-21, serta telah mengambil bahagian dalam ‘Focus on Asia Fukuoka International Film Festival 2018’.

Versi filem pendek tersebut yang bertajuk, GUANG berjaya memenangi hadiah utama BMW Shorties pada tahun 2011. Pada tahun ini, Quek kembali ke BMW Shorties sebagai seorang juri, beliau turut menyertai nama-nama terkemuka yang lain di dalam industri perfileman tanah air seperti Lina Tan, Isazaly Mohd Isa, Tan Chui Mui dan Nadira Ilana.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan GUANG di pawagam yang berhampiran anda bermula pada 29 November 2018. Anda boleh menonton treler filem tersebut DI SINI. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW Shorties, sila layari laman web BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau kunjungi laman Facebook BMW Shorties yang rasmi di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.

Screenshot 2018-11-18 at 3.03.16 PM

 

 

Previous post

Projekt Grenadier - BUKAN Kebangkitan Defender

Next post

Goodyear Cuba Konsep Cara Runcit Baharu Untuk Penjualan Dan Pemasangan Tayar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *