Motosikal

Yamaha MT-07 (2018) Kini Boleh Didapati Pada Harga RM38,228

Akan datang ke pengedar rasmi Yamaha di seluruh negara pada bulan Oktober ini adalah motosikal ‘naked’ MT-07 baharu yang telah dikemaskini bagi tahun 2018.

BHP

Bertemakan ‘Dark Attraction’, MT-07 kini menampilkan rekaan lebih tajam dengan lampu belakang kompak, skup udara yang direka semula dan tempat duduk ergonomik.

Sistem suspensi turut diberi penambahbaikan dalam bentuk pelaras redaman rebound untuk penyerap hentak belakang, manakala ABS kini didatangkan standard bagi roda hadapan dan belakang.

2018 MT-07 RACE BLUE 3

Model ini dikuasakan oleh enjin ‘crossplane’ bersesaran 689 cc dua silinder yang menjana 73.7 hp pada 10,000 rpm dan 68 Nm tork pada 6,500 rpm. Transmisi enam kelajuan menghantar kuasa yang terhasil ke roda belakang.

Dijual pada harga RM38,228 (termasuk cukai jualan, tanpa insurans dan pendaftaran), Yamaha MT-07 baharu boleh didapati dalam dua warna: Race Blue dan Matt Grey, yang akan diperkenalkan mulai Januari tahun hadapan.

2018 MT-07 RACE BLUE 2

 

Previous post

Berjaya Sompo Sasar Jadi Antara Lima Penyedia Insurans Terbaik Menjelang 2020

Next post

Gambar BMW 3-Series (G20) Semua Baharu Bocor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>