Berita Auto

Berjaya Sompo Sasar Jadi Antara Lima Penyedia Insurans Terbaik Menjelang 2020

Berjaya Sompo Insurance Berhad (Berjaya Sompo) telah membentangkan rancangannya untuk menjadi salah satu daripada lima penyedia insurans am terbaik di Malaysia. Matlamat jenama itu bakal dicapai menerusi pembangunan agenda pengembangan yang terperinci dengan memberi tumpuan kepada bidang-bidang utama yang telah dikenal pasti.

Berjaya Sompo yang mempunyai rangkaian 20 pejabat dan 2,800 ejen yang semakin berkembang di seluruh negara, komited untuk menjadi syarikat insurans pilihan utama dengan menyediakan penyelesaian berkualiti serta perkhidmatan bertaraf antarabangsa demi kepentingan para pelanggannya.

BHP

Berteraskan Pelanggan
Berjaya Sompo sentiasa mengutamakan para pelanggan dan pendekatannya terhadap pengalaman pelanggan merupakan komponen terpenting bagi mengangkat kedudukan jenama itu ke satu tahap yang lebih tinggi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo, Tan Sek Kee berkata, “Maklum balas pelanggan merupakan kunci kepada inovasi produk dan ianya membolehkan kami untuk menggabungkan penyelesaian ke dalam produk yang dikehendaki dan dihargai oleh para pelanggan. Kami melakukan semua ini dengan mendengar suara pelanggan dan mengumpul data semasa menerusi tinjauan pengguna dan penyelidikan pasaran.”

Berjaya Sompo ingin menjadikan insurans lebih mudah difahami oleh pengguna biasa. Bagi mencapai matlamat itu, inisiatif-inisiatif berikut telah pun dimulakan:

Kempen Jenama Bertema: Silent Guardians
Kempen jenama bertema ‘Silent Guardians’ yang terbaharu oleh Berjaya Sompo memaparkan keunikan matlamat Berjaya Sompo untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan semua pihak yang berkepentingan, dengan memanfaatkan warisan serta sejarah jenama yang berasal dari Jepun itu. Ia turut memaparkan perjalanan syarikat itu yang bermula dari Jepun ke seluruh dunia sejak 1888.

Menerusi ‘Silent Guardians’, Berjaya Sompo berjaya membentuk sekumpulan wira melalui penggunaan pahlawan-pahlawan Jepun seperti ninja, samurai, ahli gusti sumo, karate serta kendo bagi melindungi rakyat Malaysia setiap hari, tanpa disedari oleh mereka. Kempen jenama itu menyelitkan unsur-unsur komedi yang unik bagi menekankan kepentingan memiliki insuran.

Sompony: Maskot Berjaya Sompo yang Comel
Baru-baru ini, Berjaya Sompo telah memperkenalkan Sompony, maskotnya yang terbaharu. Sompony, yang diilhamkan oleh syarikat induk Berjaya Sompo iaitu Sompo Holding (Asia) Pte. Ltd., merupakan watak wira, pembantu, serta rakan yang boleh dipercayai dan diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk membimbing mereka ketika menerokai produk dan perkhidmatan Berjaya Sompo.

Digunakan di dalam setiap pasarannya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, Sompony telah dicipta bagi membentuk semula bagaimana jenama itu berhubung dengan para pelanggan melalui cara yang lebih santai, ceria dan mudah difahami. Sompony memberi nilai tambah kepada SOMPO dengan kejayaan pembinaan karakter. Ia membantu pihak berkepentingan dalaman serta ejen dalam penceritaan mereka bagi mendidik dan memberi penerangan kepada para pelanggan mengenai keunikan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sompo.

Photo 3 (1)

Inovasi Produk: SOMPO Motor
SOMPO Motor ialah insurans kenderaan yang komprehensif untuk pemilik kenderaan yang dapat mengurangkan keseluruhan kos tambahan tanpa perlu melalui proses rumit untuk memilih perlindungan tambahan. Malah lebih daripada itu, ia turut dilengkapi dengan perlindungan tambahan bagi memberikan ketenangan minda kepada pemandu termasuklah perlindungan yang lebih baik untuk kenderaan lama dan perlindungan penuh terhadap bencana alam.

Berikut ialah faedah asas baharu yang disertakan di dalam SOMPO Motor:

  • Perlindungan khas kemalangan, di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM10,000 atau 20% daripada jumlah yang diinsuranskan, yang mana lebih rendah,
  • Perlindungan untuk semua pemandu,
  • Waranti baik pulih selama 12 bulan,
  • Kos menarik kenderaan kecemasan RM300 akibat kemalangan.

Para pengguna juga boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan tambahan seperti perlindungan penuh khas kemalangan, kos menarik kenderaan tanpa had di dalam Malaysia, dan pengecualian caj penambahbaikan untuk kenderaan sehingga 15 tahun. Satu lagi ciri baharu SOMPO Motor ialah ia menawarkan pilihan kepada pengguna untuk memilih Voluntary Excess bagi sesebuah polisi berkenaan, antara 0% hingga 3% daripada jumlah yang diinsuranskan. Voluntary Excess bagi sesebuah polisi itu memberikan pilihan kepada pengguna untuk membuat pembayaran menggunakan duit sendiri sehingga 3% bagi setiap tuntutan untuk mengurangkan bayaran premium insurans setiap bulan.

Sebagai tambahan, Berjaya Sompo turut menjalinkan kerjasama dengan jenama kenderaan terkenal seperti Honda Malaysia, Mazda Malaysia dan Nissan Malaysia bagi menyediakan pakej insurans secara bundle yang disesuaikan mengikut keperluan para pemilik kenderaan.

Pendigitalan Berjaya Sompo
Di dalam dunia yang serba digital pada hari ini, kami perlu sentiasa melakukan inovasi untuk kekal di hadapan kerana para pengguna kini sentiasa mengharapkan serta berupaya memproses maklumat dengan lebih cepat berbanding dahulu.

Memahami hakikat itu, Berjaya Sompo telah mengambil langkah besar dalam melaksanakan pendigitalan di segenap peringkat syarikat melalui beberapa inisiatif utama seperti: inovasi produk dalam talian, penambahan saluran pengedaran digital, memperkenalkan saluran B2C baharu serta memperkukuhkan lagi infrastruktur digitalnya.

Dari segi kemudahan fizikalnya pula, Berjaya Sompo telah membuka sebuah cawangan baharu di Petaling Jaya pada 2017 dan satu lagi di Seremban pada September 2018. Selepas ini, Berjaya Sompo tidak mempunyai rancangan untuk menambah rangkaian cawangannya bersesuaian dengan pendekatan digital syarikat itu.

Photo 1 (2)

Strategi Pemantapan Sumber Manusia
Bagi Berjaya Sompo, tumpuan utama patut diberikan kepada usaha untuk membangunkan keupayaan sumber manusia. Ianya akan memastikan semua warga kerja di dalam syarikat itu sentiasa bermotivasi dan berusaha ke arah mengutamakan pengalaman pengguna untuk menjadi syarikat insurans pilihan, bekerja ke arah mencapai kecemerlangan pelanggan.

“Secara dalamannya, kami telah menyusun pelbagai program pembangunan yang memberikan latihan serta kemahiran praktikal kepada semua kakitangan kami di setiap peringkat. Latihan berkenaan bukan sahaja berkaitan dengan tugas, malah ia turut membangunkan kemahiran intrinsik demi kemajuan kerjaya mereka dalam jangka panjang,” kata Tan.

Previous post

Shell Malaysia Perkenal 'Chatbot' Bernama Shelly

Next post

Yamaha MT-07 (2018) Kini Boleh Didapati Pada Harga RM38,228

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *