Berita Auto

Proton X70 Akan Didatangkan Dengan Sistem Infotainment GKUI Yang Canggih

Proton telah berkongsi lebih banyak maklumat mengenai X70 dan sesi kali ini lebih menumpukan kepada Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) yang dibangunkan bersama dengan Geely. Ia menawarkan pelbagai fungsi pengguna melalui aplikasi serta pilihan untuk kekal berhubung dengan kereta melalui telefon bimbit mereka.

BHP

Menggunakan kad eSIM, GKUI telah dimuatkan dengan lima aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara.

Akses kepada aplikasi dan fungsi-fungsi yang lain adalah melalui skrin sentuh berasaskan Android bersaiz 8 inci dengan paparan warna penuh 1280 x 720 dan ruang memori dalaman 16GB. Sistem ini juga mempunyai sambungan Wi-Fi agar X70 tersebut boleh digunakan sebagai hotspot mudah alih.

Pengguna boleh memadankan kereta mereka dengan telefon bimbit peribadi menerusi aplikasi Proton Link dengan menggunakan identiti individu yang diberikan kepada setiap pembeli. Mereka kemudiannya boleh membina profil daripada papan telematik yang boleh merakam data seperti jarak perjalanan, penggunaan bahan api, tempoh perjalanan serta maklumat servis berkala.

Photo 8

Lebih menarik lagi, terdapat juga fungsi penjejakan yang membolehkan pengguna menjejak lokasi kenderaan mereka sekiranya mereka terlupa.

Oleh kerana ia menggunakan sistem operasi Android, GKUI mempunyai fungsi pencerminan (mirroring) yang membolehkan pemilik aplikasi mengakses telefon bimbit mereka menerusi skrin sentuh. Pengguna OS Apple tidak dapat melakukan perkara yang sama tetapi mereka boleh menyambung ke X70 melalui Bluetooth untuk mengakses fungsi panggilan telefon dan senarai kenalan.

Selain itu, teknologi perisian pengecaman suara membolehkan pengguna memberi arahan secara lisan. Pengguna hanya perlu mengucapkan ‘Hi Proton’ untuk mengawal pelbagai fungsi secara lisan seperti membuka atau menutup tingkap, mengawal suhu pendingin hawa atau mengakses aplikasi navigasi.

Buat masa ini, GKUI menawarkan pengecaman suara untuk frasa bahasa Inggeris sahaja kerana terdapat batasan perisian tetapi pihak Proton telah memastikan bahawa frasa yang diiktiraf adalah mudah digunakan termasuk bagi mereka yang tidak fasih menutur bahasa tersebut.

Photo 6 (1)

Seiring dengan teknologi terkini yang ada pada X70, Proton akan mengaktifkan tempahan dalam talian di laman sesawangnya pada 17 Oktober 2018. Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan dan bayaran deposit secara dalam talian dan tidak perlu lagi berkunjung ke bilik pameran Proton.

Previous post

Pembekal Proton dan Rakan Kongsi Luar Negara Tandatangani Perjanjian Kerjasama

Next post

Hyundai Tucson Facelift Masuk Pasaran Malaysia Akhir Bulan Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *