Cerita Auto

Hyundai Tucson Facelift Masuk Pasaran Malaysia Akhir Bulan Ini

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan untuk Tucson facelift yang akan dilancarkan secara rasmi pada akhir bulan ini.

Penambahbaikan visual boleh dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan, di mana SUV ini menampilkan gril ‘cascading’ dan lampu rekaan baru. Bahagian belakang pula menampilkan bampar baru dan garisan pada tailgate yang  telah diperkemaskan lagi.

Dari segi kelengkapan, varian Turbo didatangkan standard dengan rim 17 inci serta lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang.

BHP

HSDM akan menawarkan dua varian bagi model facelift ini iaitu 1.6L Turbo dengan 177 PS dan 265 Nm, dan 2.0L Elegance yang mempunyai 155 PS dan 192 Nm. Harga dijangka bermula dari RM123,888 bagi Semenanjung Malaysia.

Tucson facelift didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 300,000 km, serta pakej servis percuma untuk tiga tahun atau 50,000 km. Mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh mengunjungi bilik pameran Hyundai terdekat atau menghubungi Customer Careline Hyundai di talian 1-300-13-2000.

 

Previous post

Proton X70 Akan Didatangkan Dengan Sistem Infotainment GKUI Yang Canggih

Next post

Varian dan Spesifikasi Proton X70

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>