Cerita Auto

Pembekal Proton dan Rakan Kongsi Luar Negara Tandatangani Perjanjian Kerjasama

Proton mengambil satu lagi langkah kehadapan untuk pengeluaran tempatan SUV X70 apabila sekumpulan pembekal Proton dan rakan kongsi luar negara menandatangani perjanjian kerjasama hari ini. Kumpulan pertama ini akan membawa pelaburan awal sebanyak RM170 juta ke Malaysia dan nilainya dijangka meningkat dalam masa beberapa tahun selari dengan peningkatan jumlah pengeluaran Proton.

BHP

Perjanjian ini merupakan langkah pertama dalam mewujudkan pembekal yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti yang diperlukan untuk mengeluarkan kereta-kereta Proton generasi baharu yang akan dihasilkan bersama Geely. Ia juga merupakan komitmen Proton untuk mempertingkatkan jualan tempatan dan pasaran eksport dengan transformasi Tanjung Malim sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan serta menjadi hab pengeluaran untuk model-model pemanduan sebelah kanan dalam kumpulan Geely.

Untuk mencapai matlamat ini, Proton melabur sebanyak RM1.2 bilion dalam inisiatif perluasan kilang bagi memenuhi keperluan pengeluaran semua model baharu Proton di Tanjung Malim. Ini adalah selaras dengan perjanjian perkongsian strategik yang ditandatangani pada 2017 dengan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan Proton dan jualan model-modelnya. Matlamat jangka panjang adalah membangunkan semula jenama itu sebagai pemimpin pasaran dalam negara di samping memperluaskan jenama di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam pasaran ASEAN bagi pemanduan sebelah kanan.

Encik Muhammad Aris Bin Anuar, Director of Manufacturing PROTON briefing the guests.

“Proton menggesa pembekalnya untuk mengambil peluang ini bagi mewujudkan usaha sama dengan pembekal luar negara untuk mencapai standard dunia dari segi kemajuan teknologi dan kualiti. Ini akan membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa dan membangunkan komuniti pembekal industri automotif Malaysia yang mampu bersaing secara global,” kata Pengerusi Proton, Dato’ Seri Syed Faisal Albar.

X70 akan menjadi model pertama yang dihasilkan oleh Proton dan Geely di kilang Tanjung Malim. Sebelum pelancarannya, model ini akan dipamerkan di beberapa sesi pratonton pelanggan bagi tujuan untuk memperkenalkan model tersebut kepada rakyat Malaysia. Maklum balas yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan dan ramai antara mereka membuat tempahan dengan bayaran deposit sebanyak RM1,000 sejak tempahan dibuka pada 8 September lalu.

Group photo between Malaysian and Overseas vendors

“Proton X70 akan menjadi produk pertama yang dilancarkan dalam rancangan kami untuk memulihkan Proton. Ia akan menampilkan teknologi terkini serta tahap kemewahan dan kualiti, bersama dengan cawangan 3S dan 4S baharu kami yang akan meningkatkan jenama ke tahap yang baharu. Kami yakin ramai rakyat Malaysia akan menemui semula cinta mereka terhadap model Proton selepas mereka mengalami keistimewaan SUV baharu ini,” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Previous post

Empat Toyota Sienta Untuk Dimenangi Menerusi Kempen 'All About The Drive Bonanza'

Next post

Proton X70 Akan Didatangkan Dengan Sistem Infotainment GKUI Yang Canggih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>