Berita Auto

Empat Toyota Sienta Untuk Dimenangi Menerusi Kempen ‘All About The Drive Bonanza’

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2018, pelanggan yang ingin membeli kenderaan baru dari Toyota akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk empat buah model MPV Toyota Sienta sebagai hadiah utama.

Mengumumkan kempen All About The Drive Bonanza yang terbaru anjurannya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd memaklumkan bahawa pelanggan boleh mengambil bahagian di dalam tiga peraduan berasingan dalam proses mereka menjadi pemilik kenderaan Toyota.

Kempen All About The Drive Bonanza bermula sebaik sahaja pelanggan mengunjungi bilik pameran Toyota untuk memandu uji mana-mana model terbaru jenama itu. Selepas selesai pandu uji, mereka akan menerima cenderahati serta layak untuk menyertai satu peraduan yang hanya memerlukan mereka untuk menjawab soalan kuiz yang mudah untuk memenangi hadiah telefon pintar dan juga peranti mudah alih lain.

BHP

Selepas membuat tempahan, pelanggan layak pula untuk menyertai satu lagi peraduan yang menawarkan pakej percutian. Kemudian, jika pelanggan meneruskan tempahan untuk pembelian berkenaan, mereka akan berpeluang menyertai  peraduan terakhir untuk merebut hadiah utama berupa empat buah Toyota Sienta.

“All About The Drive Bonanza juga adalah cara kami berterima kasih kepada pelanggan yang selama ini telah banyak memberi sokongan kepada Toyota,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Kenderaan penumpang keluaran Toyota datang dengan jaminan lima tahun dan tanpa had perbatuan. Sebagai tambahan, pemilik baru turut akan menikmati Bantuan Jalanan 24/7 bagi tahun pertama pemilikan. Sokongan lepas jualan yang lengkap juga disediakan di semua rangkaian pusat servis sah Toyota seluruh negara.

Bilik pameran Toyota dibuka sepanjang minggu, dan pada 21 dan 22 Oktober ini akan berlangsung acara Toyota Weekender yang akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga, termasuk jamuan ringan.

AATD Bonanza Campaign

Previous post

Hong Leong Yamaha Motor Lancar Aplikasi Telefon Pintar

Next post

Pembekal Proton dan Rakan Kongsi Luar Negara Tandatangani Perjanjian Kerjasama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *