Cerita Auto

Mitsubishi Tawar Rebat Tunai Sehingga RM8,000 Hingga Akhir Tahun

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini sedang mengadakan promosi akhir tahun dengan tawaran rebat tunai yang menarik.

BHP

Bermula sekarang hingga akhir Disember 2018, pelanggan yang menempah dan mendaftar Outlander 2.0 (RM137,888) dan Outlander 2.4 (RM152,888) akan mendapat rebat tunai sehingga RM8,000. Menurut MMM, Outlander 2.4 laris dijual dan mempunyai stok yang terhad.

Sementara itu, pelanggan yang menempah Triton juga akan menikmati rebat tunai sehingga RM8,000. Berikut adalah promosi bagi setiap varian Triton:

capture-20181030-115929

Bukan itu sahaja, rebat bernilai RM8,000 turut ditawarkan kepada mereka yang memilih ASX 2WD (RM118,866) dan ASX 4WD (RM133,336).

Tambahan pula, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis MMM sepanjang bulan November ini akan mendapat diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti terpilih serta pemegang telefon Popsocket secara percuma.

 

Previous post

Hyundai Perkenal Kit Prestasi Untuk Veloster Turbo

Next post

Toyota Hilux Invincible 50 Diperkenalkan untuk Pasaran UK

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>