Cerita Auto

Toyota Hilux Invincible 50 Diperkenalkan untuk Pasaran UK

50 tahun yang lalu, Toyota Hilux generasi pertama diperkenalkan dan sejak itu, trak pikap itu terus menjadi pilihan mereka yang mahukan sebuah kenderaan yang bukan sahaja mampu mampu mengangkut barang, malah berkualiti dan tahan lasak.

BHP

Bagi meraikan ulang tahunnya serta bersempena dengan perayaan Halloween pada bulan ini, Toyota telah memeperkenalkan Hilux edisi terhad yang dikenali sebagai Invincible 50. Bagaimanapun, model ini ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 50 unit dan hanya dijual di pasaran United Kingdom.

toyota-hilux-invincible-50-02

Dari luaran, apa yang membuatkan ia berbeza dengan versi standard adalah kehadiran ‘roll bar’ pada bahagian belakang serta empat unit lampu sorot (spotlight) LED yang masing-masing berukuran enam inci.

2019-toyota-hilux-invincible-50-2

Penggunaan sistem suspensi yang dipertingkatkan dengan penyerap hentak menjadikan Hilux ini lebih tinggi sebanyak 40 mm di hadapan dan 20 mm di belakang. Ini memberikan Hilux Invincible 50 keupayaan untuk meranduk air sedalam 400 mm, selain ruang lega tanah sebesar 405 mm.

toyota-hilux-invincible-50-01

Bukan itu sahaja, ketinggian tempat duduk pemandu juga boleh dilaraskan sebanyak 15 mm untuk memberikan pemandu posisi pemanduan yang lebih meyakinkan.

2019-toyota-hilux-invincible-50-3

Hilux Invincible 50 menampilkan enjin diesel 2.4-liter yang menghasilkan 148 hp. Ia memerlukan 12.8 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j dan mampu memecut sehingga 170 km/j.

toyota-hilux-invincible-50-1

Antara kelengkapan standard yang disertakan adalah sistem Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri Pre Collision System. Selain itu, trak ini juga mendapat Vehicle Stability Control, Active Traction Control, Downhill Assist Control dan Hill-start Assist Control.

 

 

 

Previous post

Mitsubishi Tawar Rebat Tunai Sehingga RM8,000 Hingga Akhir Tahun

Next post

Toyota Buka Pusat Servis 2S di Sungai Penchala

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *