Berita Auto

Toyota Buka Pusat Servis 2S di Sungai Penchala

UMW Toyota Motor telah mengumumkan pembukaan pusat Toyota 2S yang dinaik taraf di Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Dioperasikan oleh Crestmax Auto (Services) Sdn Bhd, pusat tersebut menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang merangkumi servis dan alat ganti.

BHP

Pusat berukuran 2,100 kaki persegi ini telah mula beroperasi sejak awal bulan ini dengan lapan ruang servis. Pelanggan yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis boleh menunggu di ruang rehat sambil menikmati kemudahan Wifi percuma.

???????????????????????????????

Crestmax Auto juga mempunyai bilik pameran yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, sekaligus menyediakan kemudahan kepada pelanggan di sekitar Damansara Perdana, TTDI, Kota Damansara dan Bandar Utama.

???????????????????????????????

Pusat 2S ini beralamat di PT 8541 Jalan Sg. Penchala, Mukim Batu, 60000 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan, hubungi 03-77317292 (telefon) atau 03-77334135 (faks).

???????????????????????????????

???????????????????????????????

 

Previous post

Toyota Hilux Invincible 50 Diperkenalkan untuk Pasaran UK

Next post

Perodua Raih Emas Anugerah Jenama Putra Kali Kedua Berturut-turut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *