Gaya Hidup

Hyundai Motor Menang “Red Dot: Brand Of The Year 2018”

Hyundai Motor telah berjaya memenangi Anugerah “Red Dot: Brand of the Year 2018” penambahan kepada lima anugerah Reka Bentuk Komunikasi yang diterima sebelum ini untuk tahun 2018 untuk reka bentuk kreatif dan inovatifnya.Genesis Audio BrandingAnugerah Red Dot adalah salah satu acara anygerah reka bentuk antarabangsa yang paling dihormati di dunia, dan “Red Dot: Brand of the Year” diberikan kepada jenama yang telah menghasilkan reka bentuk yang inovatif dan kreatif pada tahap yang sangat tinggi.Tahun ini ia mengambil kira penyelesaian reka bentuk inovatif Hyundai, kualiti reka bentuk dan kepakaran pengurusan jenama.PrintUpacara rasmi anugerah itu akan berlangsung di Berlin, Jerman pada 26 Oktober.Hyundai Pavilion - Brand Experience InstallationPada bulan Ogos, Hyundai Motor memecah rekod sebagai penerima Anugerah Red Dot terbanyak dalam sejarah syarikat, memenangi empat TRed Dot dan tiga “Red Dot: Best of the Best”.Hyundai Pavilion - Sound ExperienceHyundai memenangi anugerah untuk Solati Moving Hotel, Hyundai Pavilion, Genesis Gangnam, Reka Bentuk Bunyi Genesis, Filem Perintis dan Keselamatan Hologram dalam kategori masing-masing, termasuk Rekabentuk Runcit, Rekaan Bunyi, Reka Bentuk Komunikasi, Filem & Animasi dan Interface dan Pengalaman Pengguna.Hyundai Solati Moving Hotel

Previous post

Sukarelawan Ford Bantu Membina Komuniti Yang Lebih Kukuh

Next post

Avis Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-46 dengan Diskaun 46%

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *