Khidmat Masyarakat

Sukarelawan Ford Bantu Membina Komuniti Yang Lebih Kukuh

Ford Motor Company kini menganjurkan acara tahunan Global Caring Month kali ke-13, di mana beribu-ribu kakitangan sukarelawan Ford di seluruh dunia turut serta dalam komuniti masing-masing dan membantu mereka yang memerlukan.Welcome AddressMinggu lalu, sukarelawan Ford dari Sime Darby Auto Connexion, pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia bekerjasama dengan National Society of St. Vincent De Paul, Malaysia – Rumah Ozanam dan Pusat Jagaan Darul Sakinah untuk memberi khidmat serta sokongan moral, selain menganjurkan satu siri aktiviti untuk mencipta peluang sama rata kepada anak yatim dan anak kurang bernasib baik. Aktiviti itu merangkum lawatan ke Kidzania, membeli pakaian seragam sekolah dan mengagihkan baucar bekalan makanan di rumah.

Ford Global Caring Month merupakan acara tahunan penting yang digerakkan oleh Ford Volunteer Corps. Sejak dilancarkan pada tahun 2005 oleh Pengerusi Eksekutif Bill Ford, ahli-ahli Ford Volunteer Corps telah menyumbang lebih 1.5 juta jam untuk khidmat masyarakat di 50 buah negara, melibatkan pelaburan komuniti bernilai lebih AS$40 juta.

acura-ilx-768x432

“Kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada Ford Global Caring Month dan benar-benar terinspirasi dengan segala usaha yang telah dicurahkan oleh kakitangan, pengedar dan rakan tempatan Ford di seluruh dunia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz. “Bersama-sama dengan Ford, kami komited untuk terus maju ke hadapan, menambah baik kualiti hidup komuniti di mana kami tinggal dan bekerja.”

Activity in Kidzania Di Asia Pasifik, ribuan sukarelawan Ford mengambil bahagian dalam pelbagai projek di China, India, Thailand, Filipina dan Vietnam. Selain di 11 buah negara di bawah unit perniagaan Pasaran Membangun Ford. Activity in Kidzania (2)Sebagai tambahan kepada aktiviti sukarelawan di Malaysia, projek-projek Ford Global Caring Month di Pasaran Membangun termasuklah:

  • Kemboja – Membaik pulih taman-taman permainan di sekolah-sekolah tempatan
  • Guam – Menyediakan sokongan kewangan kepada hospital dan membersihkan wad pesakit
  • Hong Kong – Menganjurkan banyak aktiviti untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah individu yang mengalami masalah sumbing
  • Laos – Menyediakan pendidikan mengenai amalan asas penjagaan kesihatan diri yang terbaik untuk para pelajar
  • Mongolia – Menyediakan alat bantuan mengajar dan peralatan komputer untuk sebuah sekolah rakyat
  • Nepal – Menganjurkan pelbagai aktiviti di sebuah sekolah pedalaman untuk menambah baik pengetahuan tentang kebersihan asas
  • New Caledonia – Program menanam pokok untuk meningkatkan kesedaran dan menghalang masalah pembalakan haram
  • Sri Lanka – Mengubah suai sebuah sekolah rakyat
  • Vanuatu – Melakukan kerja-kerja pembinaan di sebuah kemudahan pendidikan
  • Myanmar – Menjaga haiwan-haiwan yang sakit dan cedera di sebuah pusat penjagaan haiwan tempatan

Pada September 2018, Ford Volunteer Corps telah menjalankan beratus-ratus projek di bandaraya, bandar, pekan dan kampung di enam buah benua. Ford Fund – sebuah badan bersifat dermawan Ford Motor Company – telah menyumbangkan geran bernilai lebih $700,000 untuk membeli peralatan dan bekalan untuk kegunaan projek-projek di peringkat global ini. Cheque Presentation

 

 

Previous post

Rozaiman Idam Aksi Terbaik di Batu Kawan

Next post

Hyundai Motor Menang "Red Dot: Brand Of The Year 2018"

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *