Motosikal / Lain Lain Roda

Hong Leong Yamaha Motor Lancar Aplikasi Telefon Pintar

Bagi lebih mendekatkan diri dengan pelanggannya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan aplikasi telefon pintar ‘Yamaha Motor Malaysia’ serta laman sesawang rasmi HLYM yang telah ditambah baik.

BHP

Kedua-duanya menampilkan antaramuka (interface) mesra pengguna yang direka untuk menjadi platform interaktif digital dengan tawaran dan perkhidmatan terkini HLYM.

Menurut syarikat itu, aplikasi Yamaha Motor Malaysia juga boleh menjadi alat interaksi masa nyata yang sesuai untuk penunggang motosikal. Fasa kedua yang kini sedang dalam pembangunan akan merangkumi ciri-ciri seperti berikut:

  • Pembelian secara dalam talian dan penghantaran ke rumah
  • Yamaha Loyalty Programme yang menawarkan ganjaran dan rebat
  • Pengimbas kod bar untuk mengenal pasti ketulenan produk
  • Servis E-Booking
  • Sistem rekod E-Service
  • Pangkalan data rangkaian jualan dan servis Yamaha
  • Perkhidmatan respons kecemasan E-Button
  • Ciri penjejakan kenderaan dengan sistem anti-kecurian

IMG_1320

Aplikasi Yamaha Motor Malaysia kini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

 

Previous post

Tesla Model 3 Dirasmikan Ujian NHTSA Sebagai Kereta Paling Selamat

Next post

Empat Toyota Sienta Untuk Dimenangi Menerusi Kempen 'All About The Drive Bonanza'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *