Promosi / Tawaran / Peraduan

Warna Dan Ciri-Ciri Keselamatan Diperbaharui Untuk Beberapa Model Toyota

Toyota Fortuner, Innova dan Hilux telah menerima peningkatan dan penambahbaikan.

Pesanan bermula sejak 3 September 2018, dengan pelancaran dan penghantaran jualan kepada pelanggan sudah bermula bulan September ini.

Innova dan Fortuner mempunyai warna baru – Phantom Brown. Penambahan warna gelap dan berani ini memberikan pembeli Fortuner hingga enam pilihan yang berbeza manakala pembeli Innova boleh memilih dari tujuh.

 

Fortuner telah menerima peningkatan dalam spesifikasi keselamatan dengan sistem bantuan pemandu lanjutan, kini standard untuk semua empat varian. Secara khusus, sistem tersebut ialah Kawalan Kestabilan Kenderaan / Vehicle Stability Control (VSC), Brake Assist (BA), Kawalan Bukit / Hill-start Assist Control  (HAC) dan perkembangan terbaru, Kawalan Tarikan Aktif / Active Traction Control ((A-TRC).

 

Fortuner boleh muat 7 orang manakala Innova, 8 orang.

Generasi terkini ini mempunyai tambahan ciri-ciri kemudahan seperti pembuka pintu kargo belakang oto dan kawalan jelajah (untuk Fortuner sahaja), Smart Entry & Start sistem, lampu LED dan pelarasan 8-cara oto untuk kerusi pemandu.

Sistem infotainment dengan paparan skrin sentuh yang besar juga mempunyai ciri-ciri tambahan, termasuk sambungan ke telefon pintar yang serasi dan ke internet semasa bergerak (sambungan ke internet diperlukan).

 

Waranti 5 tahnun untuk Fortuner, Innova and Hilux. Fortuner and Innova, tiada had jarak perbatuan dalam tempuh 5 tahun.

Sokongan lepas jualan melalui rangkaian pusat perkhidmatan yang diberi kuasa.

Harga Fortuner, Innova dan Hilux yang baharu, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan / Sales & Service Tax (SST) untuk Pendaftaran Swasta, tanpa insurans adalah seperti berikut:

Toyota Fortuner (4 varian) – RM 170,500 ~ RM 195,600
Toyota Innova (4 varian) – RM 107,280 ~ RM 132,400
Toyota Hilux [2 kabin] (5 varian) – RM 100,000 ~ RM 138,000

Sila layari www.toyota.com.my untuk keterangan lebih lanjut.

 

Previous post

Hyundai Akan Membawa Armada Tenaga Elektrik Bahan Api Sel Pertama Dunia

Next post

Volkswagen Memperkenalkan Platform Matriks Modular Elektrik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *