Berita Auto

Pusat 4S Proton Yang Dinaiktaraf Dibuka di Sungai Petani

Usaha Proton untuk meningkatkan rangkaian pengedarnya diteruskan dengan pembukaan pusat 4S yang dinaiktaraf di Sungai Petani, Kedah.

BHP

Diusahakan oleh Mercu Usaha Mesra Corporation Sdn Bhd yang telah beroperasi sejak 2005, kos pengubahsuaian cawangan ini dianggarkan bernilai RM1 juta, dengan kawasan seluas 2,869 meter persegi.

Ini termasuk sebuah pusat servis yang dilengkapi dengan 14 petak penyelenggaraan (12 sebelum ini) dan 11 pengangkat (7 sebelum ini) serta sebuah bilik pameran yang mampu memuatkan sehingga 10 buah kenderaan pada satu-satu masa.

showroom area_Mercu Usaha

Seperti cawangan Proton yang lain, pusat 4S ini mempunyai ruang minuman, ruang pengecasan komputer riba serta sudut kanak-kanak. Turut disediakan adalah ruang letak kereta yang luas, dengan 80 tempat letak kereta untuk kemudahan para pelanggan.

Menurut Allan Wong Keng Seng, Pengarah Urusan Mercu Usaha Mesra Corporation Sdn Bhd, pelaburan untuk menaiktaraf yang dilakukan adalah berbaloi, kerana pada masa kini, permintaan pelanggan untuk membeli sesebuah produk telah berubah. Cawangan yang dinaiktaraf ini dijangka akan meningkatkan jumlah jualan sebanyak 70%, dan jumlah servis sebanyak 50%.

customer lounge area (2)

Cawangan 4S Proton Mercu Usaha Mesra beralamat di No 1, Jalan Batu Lintang off Lencongan Barat, 08000 Sungai Petani, Kedah.

 

Previous post

Volkswagen Golf GTI Rabbit Edition Hanya Untuk Pasaran US

Next post

Volvo Car Malaysia Kini Tawarkan XC90 T5

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *