Berita Auto

Volvo Car Malaysia Kini Tawarkan XC90 T5

Barisan model Volvo XC90 bagi pasaran Malaysia kini semakin berkembang dengan pelancaran varian terbaru iaitu XC90 T5. Berharga RM373,888 (harga atas jalan tanpa insurans), ia akan ditawarkan bersama-sama dengan varian sedia ada iaitu XC90 T8 Twin Engine Inscription dan Inscription Plus.

BHP

XC90 T5 dikuasakan oleh enjin turbo Drive-E 2.0-liter yang menghasilkan 254 hp dan 350 Nm. Dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, SUV mewah ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.9 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 215 km/j.

Exterior_Denim_Blue

Menurut Volvo Car Malaysia, keputusan untuk melancarkan varian baharu ini diambil berikutan maklum balas pelanggan yang mahukan lebih banyak pilihan dari segi trim dan enjin.

RA30_Maroon_Brown

Selari dengan itu, XC90 T5 ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Chrystal White, Denime Blue dan Maple Brown, serta pilihan upholsteri Maroon Brown untuk bahagian kabin.

XC90T5_Profile_4

Bukan itu sahaja, varian ini turut dilengkapi dengan sistem keselamatan IntelliSafe dan sistem pemanduan semi-autonomi Pilot Assist seperti yang terdapat pada varian T8 Twin Engine.

Previous post

Pusat 4S Proton Yang Dinaiktaraf Dibuka di Sungai Petani

Next post

Mercedes-AMG A35 4Matic Muncul Dengan 306 HP dan 400 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *