Berita Auto

Volkswagen Golf GTI Rabbit Edition Hanya Untuk Pasaran US

Volkswagen of America telah mengumumkan penambahbaikan bagi barisan model untuk 2019. Perkara yang paling menarik perhatian kami adalah kehadiran Golf GTI Rabbit Edition yang akan dijual dalam bilangan yang terhad.

BHP

Dibina bagi meraikan sejarah Golf yang dahulunya dijual dengan nama ‘Rabbit’ bagi pasaran Amerika, model edisi terhad ini didatangkan dengan rim aluminium aloi 18 inci, spoiler belakang dan cermin sisi yang berwarna hitam.

Bahagian kabin pula menampilkan tag ‘Rabbit’ pada tempat duduk dan jahitan merah pada karpet. Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Cornflower Blue, Urano Grey, Pure White and Deep Black Pearl.

Dari segi kelengkapan, Golf GTI Rabbit Edition dilengkapi dengan lampu utama LED dengan Adaptive Front-lighting System (AFS), sistem kemasukan tanpa kunci KESSY, serta ciri bantuan pemandu seperti Front Assist, Blind Spot Monitor, dan Rear Traffic Alert.

Kuasa bagi Golf GTI 2019 dibekalkan oleh enjin 2.0-liter empat silinder TSI yang menjana 228 hp, 8 hp lebih tinggi jika dibandingkan dengan model sedia ada. Selain itu, semua varian (S, SE Autobahn dan Rabbit Edition) turut mendapat sistem brek Golf R dan ‘differential’ secara standard.

Previous post

XE SV Projek 8 Jaguar, Kereta Empat Pintu Terpantas Kelilingi Laguna Seca

Next post

Pusat 4S Proton Yang Dinaiktaraf Dibuka di Sungai Petani

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *