Berita Auto

Pusat 3S Proton Baharu Dilancarkan di Alor Setar

Lee Motors (Alor Setar) Sdn Bhd telah beroperasi sebagai cawangan pengedar 3S sejak Proton ditubuhkan iaitu pada tahun 1985. Premis ini mempunyai makna yang istimewa kepada pemiliknya kerana disitulah tempat di mana mereka memulakan penglibatan dalam perniagaan automotif.

BHP

Premis tersebut telah diubahsuai sepenuhnya untuk memenuhi ciri yang ditetapkan oleh Proton, dibina dengan keluasan 1,060 meter persegi yang juga terletak di tengah-tengah bandar dan bersebelahan dengan Aman Central dikenali sebagai pusat beli belah utama bagi penduduk disitu. Lokasinya juga sangat strategik kerana berdekatan dengan jalan utama yang mempunyai aliran trafik tinggi.

car service area_Lee Motors

Cawangan yang dinaiktaraf ini menyediakan keselesaan serta kemudahan seperti ruang istirahat pelanggan yang selesa di mana pelanggan disediakan dengan minuman dan WIFI percuma serta kawasan penyelenggaraan yang boleh dilihat dari luar, membolehkan pelanggan melihat kereta mereka yang sedang diservis.

Cusomer lounge_Lee Motors

Selain menggunakan kemudahan yang ada, para pelanggan yang menunggu bagi mendapatkan servis juga boleh berkunjung ke Aman Sentral yang terletak hanya bersebelahan premis tersebut.

ribbon cutting

Lee Motors beralamat di 12 Jalan Telok Wanjah 05200 Alor Setar, Kedah.

 

Previous post

Gantilah Inflator Beg Udara Terlibat Anda Segera Sebelum Ianya Membunuh Anda

Next post

PDRM: Marshall Tiada Kuasa Lencong Trafik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *