Berita Auto

PDRM: Marshall Tiada Kuasa Lencong Trafik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan berikut mengenai penggunaan marshal:

BHP

Semua pengiring atau marshall TIDAK DIBENARKAN sama sekali mengawal lalu lintas sesuka hati. Penggunaan marshall dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dihadiri dengan polis trafik.

Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah mashall ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

Mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas trafik tanpa anggota trafik boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Previous post

Pusat 3S Proton Baharu Dilancarkan di Alor Setar

Next post

Pratonton Reka Bentuk Prototaip SUV Ferrari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *