Motosikal / Lain Lain Roda

Naza Premira Lancar Tiga Model Vespa Edisi Terhad

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia, telah melancarkan tiga model edisi terhad iaitu Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon dan Vespa Sei Giorni.

BHP

Vespa 946 (RED)

????????????????????????

946 (RED) merupakan edisi istimewa yang menampilkan warna merah yang dipadankan dengan badan yang diperbuat daripada keluli serta komponen aluminium menarik seperti mudguard dan pelindung sisi.

????????????????????????

Skuter eksklusif ini turut didatangkan dengan sistem brek cakera berkembar dengan sistem ABS dan Anti-Slip Regulation (ASR) yang mampu mengurangkan kehilangan cengkaman.

Vespa 6

946 (RED) dikuasakan oleh enjin 150 cc silinder tunggal empat lejang dengan tiga injap. Ia dijual pada harga RM66,000.

Vespa Sprint Carbon

Vespa Sprint Carbon 01

Menampilkan gabungan gaya sporty dan teknologi inovatif, Sprint Carbon direka untuk meningkatkan keseronokan dan keselamatan menunggang.

Vespa Sprint Carbon 02

Skuter berbadan kecil ini diperbuat daripada keluli sepenuhnya, dengan lampu hadapan berbentuk segi empat dan rim aluminium aloi bersaiz 12 inci.

Vespa Sprint Carbon 03

Ia dikuasakan oleh enjin i-Get 150 cc yang dikatakan mampu memberikan prestasi memuaskan, di samping lebih senyap dan cekap. Unit ini juga memenuhi piawaian Euro4 Multi-Directive.

Vespa Sprint Carbon 04

Sebagai tambahan, ia juga didatangkan dengan pakej lengkap yang merangkumi dengan soket USB dan ABS sebagai ciri standard. Sprint Carbon boleh didapati dalam warna hitam dengan harga RM17,400.

Vespa Sei Giorni

Vespa 6 Giorni (2)

Model ini merupakan ‘pewaris’ kepada Sport Sei Giorni asal yang dibina khas untuk pertandingan Sei Giorni Internazionale di Varese pada tahun 1951, di mana ia memenangi sembilan pingat emas.

Vespa 6 Giorni (10)

Ia direka dengan elemen klasik seperti ‘faro basso’ yang merupakan lampu hadapan yang dipasang pada fender hadapan, bar hendal seperti yang asal serta paip ekzos yang terdedah.

Vespa 6 Giorni (1)

Sei Giorni menggunakan enjin yang paling berkuasa dalam sejarah Vespa iaitu enjin empat lejang 300 cc silinder tunggal dengan empat injap, penyejukan cecair dan sistem suntikan elektronik. Unit ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 21 hp pada 7,750 rpm.

Vespa 6 Giorni (6)

Selain daripada ABS standard, model ini juga dilengkapi dengan pengecas USB pada bahagian pelindung kaki dan lampu isyarat LED hadapan yang juga berfungsi sebagai lampu nyalaan siang. Ia ditawarkan dalam warna hijau dengan harga RM38,000.

 

 

 

Previous post

Lotus Cars Merekrut Bekas Eksekutif Jaguar Land Rover Phil Popham Sebagai CEOnya

Next post

Pelan E-Mobility VW Adalah Mahal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *