Berita Auto

Ford F-150 Raptor (2019) Terima Ciri Trail Control

Ford telah mengumumkan satu ciri terkini bagi F-150 Raptor model 2019. Dikenali sebagai Trail Control, ciri tersebut boleh dikatakan sebagai kawalan jelajah (cruise control) yang ditala khas untuk pemanduan off-road.

BHP

Trail Control berfungsi dengan mengawal pendikit dan brek, membolehkan pemandu memberi tumpuan kepada kawalan stereng. Menurut Ford, ciri ini menjadikan Raptor lebih seronok dipandu.

2019 Raptor Trail Control Cluster

Trail Control boleh diaktifkan pada kelajuan dari 1.6 hingga 32 km/j dan boleh digunakan dalam semua mod 4X4. Ia boleh membantu pemandu mengatasi halangan yang curam dengan menyalurkan tork ke setiap roda dan membrek jika perlu. Ia juga boleh mengeluarkan Raptor jika terperangkap di dalam pasir.

2019-ford-f-150-raptor (1)

F-150 Raptor dikuasakan oleh enjin EcoBoost 3.5-liter V6 dengan 450 hp dan transmisi automatik 10 kelajuan. Ia dilengkapi dengan suspensi Fox serta penyerap hentak adaptif yang mampu mengubahsuai pelarasan mengikut permukaan jalan.

2019-ford-f-150-raptor

Bagi pasaran Amerika Syarikat, model terbaru ini boleh didapati menjelang lewat tahun ini. Trail Control juga akan ditawarkan pada Ranger model 2019 yang akan memasuki pasaran bermula tahun hadapan.

Previous post

VinFast Tayang SUV dan Sedan Pertama

Next post

Kereta Terbakar Selepas Kemalangan ... Simpan Alat Pemadam Api Kenderaan Di Dalam Kenderaan Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *