Berita Auto

VinFast Tayang SUV dan Sedan Pertama

Vinfast, pengeluar kenderaan dari Vietnam, telah mendedahkan dua kenderaan pertama mereka – SUV dan sedan – yang akan membuat penampilan di Paris Motor Show 2018 pada Oktober ini.

BHP

Menurut jenama yang bernaung di bawah Kumpulan Vin itu, kedua-dua kenderaan ini direka oleh studio rekaan terkenal dari Itali iaitu Pininfarina. Salah satu ciri utama konsep reka bentuk adalah logo ‘V’ di tengah gril yang merujuk kepada negara Vietnam, jenama VinFast dan Kumpulan Vin. Di sebelah kanan gril, perincian krom dan lampu nyalaan siang bergabung untuk membentuk motif ‘F’.

vinfast-sedan-by-pininfarina (2)

“Bersama-sama dengan Pininfarina, kami telah mengukir setiap garisan badan untuk menyatakan kecantikan semula jadi Vietnam serta karakter rakyatnya yang baik hati dan dinamik menerusi bahasa reka bentuk moden dan bertaraf dunia,” kata David Lyon, pengarah reka bentuk VinFast.

vinfast-sedan-by-pininfarina

Apa yang lebih menarik, reka bentuk sedan dan SUV ini sebenarnya dipilih sendiri oleh rakyat Vietnam, di mana kira-kira 62,000 orang telah mengambil bahagian untuk mengundi salah satu daripada 20 lakaran akhir yang dihasilkan oleh empat studio rekaan dari Itali.

vinfast-suv-by-pininfarina (1)

Setakat ini, VinFast masih belum mendedahkan nama mahupun spesifikasi bagi kedua-dua model ini.

vinfast-sedan-by-pininfarina (1)

Previous post

Akan Datang: BMW X3 M dan X4 M

Next post

Ford F-150 Raptor (2019) Terima Ciri Trail Control

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *