Motosikal / Lain Lain Roda

Millennium Welt Kuantan Dilantik Sebagai Pengedar BMW Motorrad

BMW Group Malaysia telah melantik Millennium Welt sebagai wakil terbaharunya bagi jenama BMW Motorrad di Kuantan serta rantau Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia, pula berkata, “Rantau Pantai Timur yang terdiri daripada jalan yang luas dan berangin menjadikan ia tempat yang sesuai untuk menunggang motosikal, namun lebih penting lagi, rantau tersebut menyumbang kepada penjualan lebih daripada 50 unit motosikal setiap tahun dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan stabil saban tahun.”

Millennium Welt tidak asing dengan BMW Group Malaysia, dan ia mempunyai pencapaian yang terbukti sebagai wakil jenama BMW, Mini dan BMW Motorrad di Seremban dan sebagai wakil jenama BMW di Batu Pahat dan Kuantan. Pada majlis anugerah pengedar ke-8 yang dianjurkan oleh BMW Group Malaysia pada awal tahun ini, syarikat itu berjaya merangkul 13 anugerah, termasuk BMW Excellence Club Award.

Melalui penyatuan jualan dan servis kenderaan BMW serta BMW Motorrad di bawah bumbung yang sama, Millennium Welt Kuantan akan mampu menterjemahkan identiti jenama dengan lebih khusus di pasaran seumpamanya. Ini juga akan membolehkan BMW memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih efisien melalui saluran yang lebih tepat.

Millennium Welt Kuantan beroperasi di fasiliti bilik pameran yang berkeluasan 28,000 kaki persegi yang mampu mempamerkan sehingga lima buah kereta dan lapan buah motosikal. Ia beralamat di 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.

Previous post

Nissan GT-R50 Hasil Tangan Italdesign

Next post

Audi A4 Dikemaskini Untuk 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *