Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki Ninja 250 (2018) Dilancarkan di Malaysia – RM23,071

Acara Art of Speed 2018 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, menyaksikan pelancaran Kawasaki Ninja 250 baharu dengan rekaan lebih segar dan enjin terkini yang menawarkan imbangan prestasi dan kawalan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk 2018, reka bentuk Ninja 250 diinspirasikan oleh model Ninja H2 dan ini boleh dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan dan cowl ekor di belakang.

2018 Kawasaki Ninja 250 06

Model ini juga didatangkan dengan lampu utama LED yang langsing, masing-masing dengan fungsi lampu tinggi dan rendah. Bahagian kokpit mempunyai kluster instrumen yang sama seperti Ninja 650 dengan tachometer analog dan lampu amaran pada sebelah kiri dan skrin LCD dengan penunjuk kedudukan gear pada sebelah kanan.

2018 Kawasaki Ninja 250 07

Enjin ‘parallel twin’ berkapasiti 249 cc menghasilkan 39 PS pada 12,500 rpm dan 23.5 Nm tork pada 10,000 rpm, menjadikannya lebih berkuasa berbanding model terdahulu. Enjin tersebut juga dilengkapi dengan klac Slipper & Assist yang menawarkan tarikan klac 20% lebih ringan dan penutup kipas radiator baharu.

2018 Kawasaki Ninja 250 04

Bagi casis, model suku liter ini menampilkan rangka trellis yang dipadankan dengan fork teleskopik berukuran 41 mm yang lebih tegar dan lengan ayun di bahagian belakang. Lengan ayun itu disambungkan pada bahagian belakang bagi menjadikannya lebih ringan dan stabil.

2018 Kawasaki Ninja 250 08

Sementara itu, kuasa membrek pula dibekalkan oleh cakera bersaiz 310 mm di hadapan dan 220 mm di belakang. Kedua-duanya dilengkapi dengan angkup dua omboh.

2018 Kawasaki Ninja 250 02

Ninja 250 baharu boleh didapati dalam dua warna iaitu Passion Red/Metallic Flat Spark Black dan Pearl Solar Yellow/Pearl Storm Grey/Ebony. Berharga RM23,071, ia boleh didapati di semua pengedar Kawasaki bermula pertengahan Ogos ini.

 

Previous post

Produksi Renault Zoe EV Akan Ditingkat Dua Kali Ganda

Next post

Ducati Scrambler 1100 Tiba di Malaysia - Harga dari RM83,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *