Motosikal / Lain Lain Roda

Didi Resources Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Aprilia di Malaysia

Piaggio Group telah mengumumkan pelantikan Didi Resources Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi motosikal Aprilia di Malaysia bermula 1 Ogos ini. Jenama motosikal dari Itali itu sebelum ini mempunyai kerjasama dengan Naza Premira sebagai pengimport dan pengedar sejak 2013.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengambilalihan ini meletakkan Aprilia di bawah satu bumbung dengan Moto Guzzi di The Gasket Alley, Petaling Jaya. Didi Resources akan menyediakan bilik pameran, perkhidmatan selepas jualan serta servis dengan satu pasukan baharu yang dilengkapi dengan kemahiran teknikal khusus dan kepakaran yang dilatih sepenuhnya oleh Aprilia.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo berkata pihaknya berbangga dengan peluang yang diberikan untuk menguruskan jenama Aprilia.

“Melalui pengambilalihan ini, Didi Resources komited untuk membina jenama Aprilia melalui sokongan selepas jualan serta mengukuhkan komuniti Aprilia di Malaysia.”

Previous post

Tawaran Jawatan Kosong Di Perodua Adalah Palsu

Next post

Honda Malaysia Catat Jualan 51,354 Unit Pada Separuh Pertama 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *